Kekuatan sesebuah negara terletak pada pemimpin dan anggota keselamatan(polis dan tentera) yang berfungsi untuk mentadbir dan mencegah. Perlaksanaan undang-undang yang adil, pemerintahan yang mementingkan rakyat dan kestabilan dalam mentadbir menjitukan perjalanan sesebuah negara.Kepercayaan rakyat pada pemerintah dan tuan punya tanah selalunya akan meningkat jika semuanya di laksanakan dengan adil dan saksama tanpa memilih bulu sehingga ke bulu-bulunya.
Tetapi......
"Jika pemerintah dan anggota yang bertanggungjawab menjaga negara sendiri bergelak sakan di kelab-kelab eksklusif dari awal malam hingga awal pagi, siapa lagi yang mahu menjaga negara?"
Jika di tanya pada Don Senget, mungkin Don Senget akan jawab " gua boleh jaga, kasi "ice" pada mat rempit.."
Jika di tanya pada Ngah Omar Alor Pongsu, Ngah Omar akan jawab begini " kawaq tolong jaga bank, penyamun jaga lokap dan perogol jaga asrama jururawat".
Jika di tanya pada pemerintah, maka dengan senyumnya akan di jawab " mana ada pegawai kita buat perangai macam tu, itu semua tohmahan ".
Lalu, siapa lagi mahu kita tanya?
Siapa mahu jaga negara?
"Masing-masing buat hal masing-masing, masing-masing jaga kampung masing-masing....."
1 comment:
Lu skrang dah susun ayat cantik yer. Ni apasal lu marah sangat ni, haprak mana kacau lu bro?Kalau orang gomen ni, memang mcm ni perangai dia bro.Dia buat tk salah, kita buat semua salah.Wa dengan orang gomen,lagi2 JPJ memng wa anti giler,lu pun taukan bro.Nk tahan kita psal modified tp dia pnya modified lg hebat,celaka.
Dulu kan wa ada ajak lu p rentap ekzoz dpan JPJ Pdang Jawa..lu jangan buat2 lupa bro!hhahahahahaa...
Anyway, wa lama tak layan blog lu, bz sikit.Wa tngok lu makin jiwang ni....apa kes ni...hahahahah
k bro, nanti wa call lu, kena teh kt mamak baik punya.
Post a Comment