Kepada Menteri Jaga
Kesihatan, Menteri Jaga Wang dan Pie Em,
Apakah salahnya
hingga mahu diharam menatang vapor itu? Gua sebahagian dari *peng'vapor'. Ingin gua tegaskan, peng'vapor’
bukanlah golongan kapurkan duit syarikat atau duit kerajaan untuk bina
banglo atau beli kereta mewah atau bawa girlfriend pergi dating di
luar negeri kerana takut kantoi dengan isteri.
Peng'vapor' cumalah sekelompok rakyat yang ingin berjimat dan sebagai alternatif untuk menggantikan rokok sambil menyedut asap ala-ala rokok di kedai mamak, dalam rumah, tepi jalan, dalam kenderaan dan kerap juga di dalam tandas.

Dan gua percaya
sekarang ini, taukeh Japan Tobacco sedang duduk berteleku memikirkan kerugian
yang terpaksa di tanggungnya kerana gua sudah tidak membeli lagi Mild Seven ’ori’.
”Ahak, itu
lahanat nama Shahrulrock sudah menyebabkan aku rugi RM20.40 sehari atau RM612.00
sebulan atau RM7446.00 setahun atau RM74,460.00 selama 10 tahun. Rabak poket
aku kerana mamat ni.”
Gua rasa, itulah
yang sedang difikirkan oleh taukeh Japan Tobacco sekarang ini. Ada kemungkinan,
beliau akan menusuk pedang pendek merobek jantung sendiri.
Salahkah kami
wahai Menteri Jaga Kesihatan, Menteri Jaga Wang dan Pie Em?
Jika dikatakan ’vapor’ itu haram, maka mintalah bijak pandai agama mengeluarkan fatwa, mintalah juga mereka merumuskan penjualan arak di Seven Eleven, kelab malam, kedai ubat dan di Pulau Langkawi itu haram. Atau barangkali, mereka tidak perasaan ribu ribuan atau mungkin juta jutaan penganut Islam di Malaysia yang meneguk arak? Sungguhlah, gua percaya mereka tidak perasaan kerana mereka tidak ke kelab malam atau ke Pulau Langkawi. Tidak mengapa. Boleh dimaafkan kerana mereka tidak tahu.

Berbalik kepada
isu vapor ini wahai Menteri Jaga Kesihatan;
Gua ingin tahu,
apakah alasan logik ianya diharamkan? Adakah kerana ianya mengandungi bahan
berbahaya untuk kesihatan? Jika bahaya, gua juga sudah lali dengan
poster-poster yang memaparkan paru-paru legam dan janin merengkok kerana bahana
bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan yang digunakan di dalam cat (acetone),
pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun
anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) "kamar mati” dan
banyak lagi yang terisi di dalam rokok. Itu gua sudah arif dan gua tahu,
Menteri Jaga Kesihatan yang sentiasa nampak seperti baru lepas mandi itu lagilah
arif.
Persoalannya,
kenapa lu luluskan rokok untuk dijual dan dihisap, baik lelaki dan wanita?
Muncul juga
dikepala otak gua, belum ada lagi golongan peng'vapor’ yang mati terbabas
akibat mabuk vapor.Yang sering ada, mati terbabas akibat mabuk arak ketika
kembali dari disko. Mungkin suatu hari nanti, lu bimbangkan jika ada laporan muka
depan akhbar Harian Metro dengan tajuknya, "Seorang Pemuda Mati Kemalangan Akibat
Tercekik Vapor Ketika Memandu”.
Wah, begitu
sensasi dan ke'sensasian' ini gua amat percaya akan mengatasi sensasinya berita
artis wanita tidak berseluar dalam ketika Anugerah Seri Angkasa.
Menteri Jaga Wang
dan Pie Em;
Apakah pengharaman
ini kerana gua dan golongan peng'vapor' menyebabkan negara kerugian
berbilion-bilion pendapatan dari cukai rokok?
Itu pun antara
persoalan utama yang tumbuh dalam kepala otak gua, tambahan pula PRU13 semakin
dekat dan lu semua tentu mahu menggunakan wang untuk membayar taukeh kedai
pencetak poster dan baju T, juga sebagai sumbangan ikhlas untuk orang-orang
kampung di Melele, Pida 7, Bunuk Susu, Olak Jeram, Dabong, Kapalai, Mataking, Kuala
Hilir Oya, Kampung Jemoreng dan lain-lain kawasan pedalaman di Malaysia.
Gua faham.
Kerajaan mana ada pendapatan sendiri, maka cukailah pendapatan yang ada. Jika gua dan peng'vapor' tidak lagi membeli rokok, ada kemungkinan tanah-tanah hutan yang menghijau terpaksa botakkan, sama seperti hutan Pedu di Kedah sekarang ini.
Sungguh sedih sekali dan lu perlu percaya, gua hampir menitis airmata bila mengenangkan semua malapetaka ini.

Menteri Jaga Kesihatan,
Menteri Jaga Wang dan Pie Em,
Gua dan kelompok
peng'vapor' bukanlah perompak wang negara atau penjual dadah. Kami cuma mahu
menikmati vapor sambil bersantai tanpa risau di sapa SB.
Jika arak itu
haram, itu kami semua tidak hairan. Tetapi jika menghisap vapor itu haram, maka
kami amat hairan.
Nota :
*Peng’vapor’ :
Golongan penghisap vapor
3 comments:
Saya sangat sokong dengan ucaan ini. Cuma nak tanya, dekat mana ada jual vapour beginner? yg 60 ringgit gitu? Dekat 7eleven ada tak?
Sokong sangat!
sya skong ,krajaan macam anjing gila kami bagai kambing krajaan nk makan kami.x cukup lagi ka GST sampai nk haramkan vape plak.benda x sAlah korang kata salah,benda salah korang kata x salah. vape kena ada cukai baru x haram kot
Post a Comment