Dalam sedar, saya tahu di sisi Tuhan kita ini banyak salah dosanya. Terlalu banyak yang Dia beri, terlalu sedikit yang mampu dibalas.
Saya berusaha, mencari dan menemukan titik-titik halus itu agar bersatu, membentuk garisan panjang, terpanjang dan kekal hingga dunia ini nanti bergulung-gulung umpama kapas ketika Israfil meniup Sangkakala.
Dan saya tidak minta lebih dari yang dia mampu kerana dia juga memohon dari Dia, untuk dunia kami. Begitulah saya redha, tetapi tidak semata-mata menyerah pada takdir.
No comments:
Post a Comment