Kadang-kadang timbul juga pertanyaan dalam kepala otak saya.
“Apa yang kita buat untuk membantu mereka di Palestin, setelah kurang lebih 60 tahun hak mereka dirampas?”
Barangkali bagi kita yang sedang hidup di sebuah
negara yang aman ini(?), cerita Gaza, cerita Palestin hanya cerita biasa kerana
kita beranggapan mereka sudah lama mengalaminya, perkara luar biasa bagi kita sudah
menjadi biasa buat mereka lalu menganggap semua itu sudah takdir bagi mereka.
Atas alasan itu, kita pun meneruskan hidup seperti biasa.
Mereka juga tahu sakit, mereka juga tahu derita, mereka juga ada jiwa, ada rasa dan tahu menangis bila insan yang mereka sayang dibunuh kejam, hancur robek tubuhnya ditembak dibom. Bagaimana jika kita yang hadapi situasi ini?
Sungguh malang nasib mereka. Sudahlah seluruh dunia meminggirkan mereka, kita ini-yang kononnya ada ada rasa kemanusiaan-hanya mampu melihat, hanya mampu bersedih dan sesekali berdoa moga Tuhan melindungi mereka. Sekali lagi pertanyaan itu muncul, “apa yang kita boleh lakukan untuk membantu mereka?”
Lebih malang lagi apabila ada dikalangan kita tidak memilih untuk berdoa apatah lagi mengirim simpati kerana berpendapat “mereka bukan dari kalangan kita”, maka agama apa yang tidak mengajar penganutnya tentang kemanusiaan?
Pernahkah kita terfikir jika suatu hari
nanti datang orang asing halau kita dari negara yang kita duduki ini, mereka
rampas rumah kita, mereka bunuh anak-anak kita.
Pernah terfikir semua itu?
Hari ini hari mereka, entah esok lusa hari kita. Kerana itu, dalam bersyukur kita mesti berwaspada.
Bersyukur dan bersimpati.
Pernah terfikir semua itu?
Hari ini hari mereka, entah esok lusa hari kita. Kerana itu, dalam bersyukur kita mesti berwaspada.
Bersyukur dan bersimpati.
No comments:
Post a Comment