Saya selalu mengacukan soalan pada diri sendiri untuk mendamaikan perasaan. Selalu juga, atau kerap kalinya saya akan menulis segala rasa di dalam lembar kertas atau dalam buku catatan. Ada antaranya yang saya siarkan di dalam "mukabuku". Jika terlalu sensitif, saya hanya biarkan catatan itu di dalam buku catatan yang akan saya baca bila ada masa terluang.
Segala rencah hidup sering mengutuskan idea-idea yang berbunga namun kerap juga bunga-bunga itu luruh tanpa sempat saya tangguk. Perasaan ketidakpuasan hati umpamanya sering saja runtuh tanpa sempat di sambar intipati.Sebagai seorang yang suka meneliti, saya cuba mengimbangi perasaan marah dan waras rasa.Contohnya, saya pernah radang bila suatu hari saya terserempak dengan seorang kakitangan sebuah organisasi yang bertugas di bahagian Sumber Manusia yang sudah tentunya membuat dan menggariskan peraturan kerja tetapi dengan tanpa ada perasaan bersalah sering sahaja lambat ke tempat kerja. Yang lebih membuatkan saya radang bila heboh di katakan pekerja itu bekas kakitangan sebuah badan beruniform. Bagaimana mahu memberi contoh yang baik pada pekerja bawahan jika diri sendiri tidak terurus, jika diri sendiri tidak menepati undang-undang?
Tetapi, perasaan marah ini hanya terapung di dalam minda saya sahaja setelah sedar bahawa segala yang berlaku langsung tiada kena mengena dengan diri saya.
Saya masih ingat, bagaimana suatu hari seorang rakan yang bekerja dengan sebuah organisasi bercerita perihal kenaikan pangkat. Dia begitu berkecil hati dengan sikap sesetengah Pengurus yang mengamalkan sikap pilih kasih dengan amat ketara. Hanya mereka yang rapat dan mesra sahaja di berikan peluang untuk kenaikan pangkat walaupun tidak menyumbangkan apa-apa organisasi tersebut. Saya hanya mampu menjawab " itu rezeki dia". Namun cerita itu tidak tamat di situ, sebaliknya saya salin dan luahkan di dalam Kronisme Kawanan Semut
Saya juga sedar, cerita begini mampu membangkit perasaan marah mereka yang "memakan cili" tapi sedarkah mereka perasaan pekerja lain yang bersungguh-sungguh bekerja tetapi langsung di sisihkan kerana mereka "tak ngam" dengan Pengurus tersebut?
Segala ragam dan karenah dalam kehidupan sering mengumpan perasaan yang pelbagai sifatnya yang akan di kupas dari pelbagai segi lalu di canangkan di dalam pelbagai rupa.
April 26, 2011
Suatu Daerah
Bergelendangan kadang masa amat memeritkan. Jeritan cabaran selalu sahaja berkehendakkan kita sedar dan patuh pada semua asas kehidupan. Antara sedar dan tidak, sering kita tersandung, selalu juga terlanggar batasan.
Apa kita ini sering terlupa? Apa kita ini sering sahaja hilang bicara berbudi bahasa?
Nun jauh di sana, di suatu daerah yang belum pernah kita rempuh, entah apa hidangan kehidupan yang menanti, entah apa hukuman yang menunggu. Kita semua akan ke sana. Ke suatu daerah yang bakal kita jejaki, ke suatu daerah yang hakiki.
Bersediakah?

April 13, 2011
Tandatangan
Keledang menjengah meja yang sentiasa berselerak petang tadi bersama harapan yang setinggi gunung(atau lebih), mudah dan berselera untuk di jamah, lancar untuk di hadam.
Hujan Pagi umpamanya ; hingga ke hari ini sentiasa memberikan jiwa kepada saya. Yang mahu di cerna bukannya hasil tulisannya tetapi catatan yang menghimpun seluruh hidup si penulis.Yang lebih di ingat, bukan hanya kandungan tetapi juga tandatangan.
Menjadi pengikut tegar, mudah benar menimbulkan keterujaan bila setiap buku yang di baca di datangkan bersama tandatangan si penulis.
Walaupun hanya sekadar tandatangan, tetapi itulah tanda kasih si penulis kepada pembaca.

April 12, 2011
Kronisme Kawanan Semut
"Jang, nape Andu tersengih-sengih tu?" Tanya Ti kepada Jang yang sedang tersengguk-sengguk mengangkat sebutir gula yang bersepah di atas lantai rumah agam keluarga Atan Kaya. Gula tadi akan di angkut perlahan-lahan, meniti tebing birai tingkat dan bersambung dengan almari yang menempatkan pinggan cantik untuk hidangan makan malam keluarga Atan Kaya.
Dia hairan, dalam keadaan sarang mereka yang sedang kekurangan makanan, Andu masih boleh tersengih-sengih.
"Oooo....Andu dah naik jadi Kolonel le Ti. Kau tak tau ke?" Jawab Jang lalu meletakkan gula yang di angkatnya tadi, sesungutnya melilau kiri kanan mengesan kalau-kalau masih ada lagi sisa makanan yang terjatuh ke lantai.
"Patut le dia tak ikut kita cari makanan hari ni, aku ingat dia kurang sihat." Sesungut Ti terangkat tinggi, kepala mendongak-dongak, bontotnya tercongek naik.
Dua ekor semut itu berhenti seketika di tebing birai tingkap, melepaskan lelah setelah mengangkat hampir 10 butir gula dari atas lantai rumah agam di pinggir bukit itu. Jarak di antara sarang yang menempatkan Maharaja dan kawasan dapur rumah agam itu cuma berjarak 15 meter tetapi cukup jauh bagi kumpulan semut hitam itu.
Kode yang baru sahaja bekerja sebagai tentera yang bertugas mengangkut makanan melintasi Jang dan Ti yang sedang leka berehat.
"Oiii...kerja la oi, nanti kalau Andu nampak habis korang kena maki!" Jerit Kode.
"Kode, kau berhenti le kejap, dari tadi aku nampak kau bersungguh-sungguh mengangkat gula. Dah berapa banyak yang kau angkut?" Soal Ti.
"Baru 12 butir." Jawab Kode ringkas. Dia menghampiri Ti dan Jang. Lalu di letaknya gula yang sedang di angkut bersebelah gula Jang. "Bukan aku nak tunjuk rajin, tapi aku bosan kerja angkut-angkut ni. Semalam Maharaja ada bercakap dengan aku, katanya kalau aku rajin bekerja dia akan naikkan aku pangkat sama macam Andu dan Por" terang Kode panjang lebar pada Ti dan Jang.
"Ha! Por dah naik pangkat ke Kode?" Soal Ti dengan nada yang sedikit terkejut. Kepala di dongak lagi, ekornya terkodek-kodek.
" Bukan ke Por tu baru kerja, lagi pun aku tengok sebelum ni kerja dia cuma memperkemaskan susunan gula dan makanan di dalam gudang saja, sesekali ada juga aku terserempak dia mengadap Maharaja membawa makanan yang baru kita jumpa." Sambung Ti lagi.
"Yelah Ti, betul tu." Jang yang diam sejak tadi mula bersuara. " Macam mana dia mudah sangat naik pangkat? Yang peliknya, Andu tu dah lama kerja, baru minggu ni dia naik pangkat. Por tu baru lagi kerja, kalau tak silap aku baru 5 minggu tapi sekarang dah jadi Jeneral sama macam Andu", sambung Jang.
"Kau ingat tak Tep?" Soal Ti pada Jang yang sedang menguis-nguis sisa makanan yang melekat di kakinya.
" Tep? Mesti le aku ingat. Dulu dia kan kerja sekali dengan kita. Dia diam, tak cakap banyak. Kerja rajin, tak kira waktu. Sayangnya, sampai dia mati kena api rokok masih lagi jadi tentera mengangkut. Kenapa dengan dia Ti?" Jang memandang Ti dan mengharap sahabatnya itu memberi jawapan.
" Ini cerita antara kita saja tau," Ti memerhati sekeliling dengan mengangkat sesungutnya tinggi.
"Menurut cerita Sin-yang bekerja dalam sarang-, Tep tak naik pangkat sebab dia asalnya dari kawanan daerah lain. Memang susah le dia nak naik pangkat. Maharaja ni ada sikap kronisme, sama macam manusia-manusia yang main politik tu. Kalau korang bukan dari kawanan daerah ni, sampai korang mampus pun belum tentu naik pangkat, kerja le rajin macam mana pun".
"OOoooooooooo..." Jang dan Kode terangkat-angkat ekor.
"Aku pun bukanlah nak cakap aku rajin tapi aku dan Andu sama-sama kerja, maksud aku kami lahir pada hari yang sama dan bekerja pada hari yang sama. Bezanya, semasa proses penetasan,benih Andu di bahagian atas sarang berdekatan dengan kamar Maharaja." Ti bersungguh-sungguh bercerita kepada dua orang sahabatnya itu. Dia mahu Kode sedar yang cakap-cakap Maharaja itu hanya sebagai pembakar semangat untuk Kode kuat bekerja, untungnya cuma Maharaja dan sekutunya sahaja. Sebagai tentera pengangkut, risiko di pijak manusia amatlah tinggi, atau kadang-kadang boleh juga mati termakan sisa makanan yang sengaja di letakkan racun oleh manusia.
"Maksud kau, kalau nak naik pangkat mesti ada kena mengena dengan Maharaja lah yer, begitu?" Soal Kode.
"Itu le maksud aku Kode. Nak lebih mudah, kau mesti datang dari sarang yang sama dengan sarang Maharaja, lagi cepat kau naik pangkat. Silap-silap, tanpa jadi Kolonel kau boleh terus lompat jadi Jeneral".Terang Ti lagi.
"Tapi kalau kau bukan dari sarang yang sama, kau kena pandai pilih makanan untuk Maharaja, apa saja dia minta kau cepat-cepat cari, kalau tak ada juga kau curi je dari sesiapa, bagi pada Maharaja, aku rasa dalam 4 minggu kau pun boleh jadi Jeneral". Terang Jang pula kepada Kode.
"Susah le macam tu, tapi kenapa aku tengok kumpulan semut merah di sarang La Obe tu semuanya ada peluang naik pangkat. Maharajanya nampak garang, tapi tentera pengangkutnya selalu sahaja bersiul girang". Kode mula bersuara setelah mendengar penerangan dari kedua-dua sahabatnya tadi.
"Sarang La Obe tu lain Kode, Maharajanya menilai tentera-tentera dari cara bekerja. Kalau rajin dan jujur, cepat naik pangkat. Jadi semua tentera kena rajin. Bila semua tentera rajin, maka meriah dan makmurlah sarang tu". Terang Jang. Di dalam kawanan semut hitam, Jang antara tentera yang paling lama bekerja dan antara semut yang paling tua. Dia sudah mahir selok belok urusan Maharaja.
"Memang susah kalau kau bukan kroni Maharaja". Ti mula mengangkat kembali gulanya. Dia terkodek-kodek berjalan membawa bekalan makanan untuk Maharaja, di ikuti Jang yang sudah mula meninggalkan Kode.
" Alamatnya, sampai mampus le aku kena angkut makanan.." Kode berpusing, menghadap tebing birai tingkap. Setapak lagi ke depan, dia akan terus terjunam ke bawah, melalui langsir yang sengaja di buka membawa bersama harapan untuk naik pangkat.
March 28, 2011
Analogi
Telah ku katakan dengan patah ayat yang tersusun ;
"Setiap yang kau perturunkan, aku simpan kemas di dada dan di pahat kukuh di minda, satu persatu aku buka kembali bila tragedi demi tragedi menggugat perdu bahagiaku..."
Kamus pengalaman mengajarku erti hidup, mengasuhku erti sabar;
"Aku rujuk satu demi satu, lembar demi lembar. Jika ada tersalah, maafkanlah. Jika ianya benar, salahkah aku menyelak kebenaran?"
Aku ini, ya aku ini manusia yang sentiasa bernafas. Belum lagi aku di panggilNya pulang. Setiap laku aku rapikan, setiap kata aku cuba jelmakan.
"Kau kenal segala pelusuk hidupku, segala contengan yang menjadikan aku manusia yang tak pernah mengaku kalah..."
Sumber dari Kamus Dewan Edisi Empat

| Analogi : kias, perbandingan (yg memperlihatkan ciri-ciri persamaan (sebahagiannya); menurut ~ menurut kias (perbandingan), berdasarkan perbandingan (persamaan); beranalogikan menggunakan (mempunyai) sesuatu sbg analogi: kesimpulan yg ~ fakta-fakta yg belum pasti kesahihannya; menganalogikan menggunakan (mempunyai) sesuatu sbg analogi. |
March 27, 2011
Kopi, rokok, surat khabar
Hujung minggu mendakap segala rasa sunyi. Saya juntaikan kaki melalui jeriji tingkap, sambil menghabiskan sebatang rokok yang semakin terasa pahit asapnya. Tekak kembali meragam, suhu badan semakin meninggi.
Nasihat doktor yang langsung saya tidak pedulikan. "Encik kena kurangkan merokok, lagi elok kalau encik terus berhenti jer." Saya menjawab "saya dah berhenti doktor, baru dua jam".
'Demam lagi?" kiriman sms begini mudah mengundang rasa rindu namun demam belum juga eloknya.
Surat khabar yang terletak di atas meja kecil terketar-ketar di tiup angin pagi. Hanya sempat membaca bahagian muka depan kemudian membelek-belek bahagian sukan, "England menang". Saya masih lagi agungkan Perancis walaupun Perancis terkeluar awal pada saingan Piala Dunia. Theiry Henry, ahhh....mana mungkin saya lupa idola saya ini.
Kopi 'O' pekat kurang manis di teguk perlahan-lahan. Wap panas yang mengapung dari bibir cawan merangsang naluri untuk segera di habiskan, walaupun masih terasa pahitnya melekat di tekak. Saya suka kopi yang begini, pahit dan pekat. Adunannya mudah, dua sudu makan kopi tumbuk yang di beli dari pasar malam pekan Kuala Selangor di campur bersama 1 sudu teh gula.Air perlu panas, pada tahap menggelegak yang mampu melepuhkan kulit muka jika tersimbah. Di kacau perlahan-lahan sambil menghidu wap yang mengapung. Wap tadi akan membawa bersama aroma kopi dan aroma ini mudah benar menawan saya.
Secawan kopi, sebatang rokok dan surat khabar tidak langsung berjaya menawan hati saya pagi ini. Semua rutin itu hanya menjadi boneka untuk menyembunyikan satu rasa yang bermukim di hati.
Kopi, rokok dan berita paparan akhbar hanya pemuka pada suatu kehidupan dan selebihnya tersembunyi di dalam jiwa seorang lelaki.
Benar mungkin bagai di kata "kita semakin jauh....".
Tapi saya juga amat yakin pada "masing-masing tahu apa masing-masing rasa..."
Pagi itu kembali sunyi. Kopi segera di teguk lalu beralih ke meja kecil. Dua biji *pil ajaib di telan segera, mahu demam ini segera sembuh tetapi rindu tak mungkinkan reda.
Saya mahu rehat dan menenangkan hati sambil membuai mimpi-jika itu takdirNya- yang enak dan indah.
Catatan :
* Panadol

March 21, 2011
Inikan Mimpi......
Dua keping gambar itu di renungnya lagi tanpa pernah ada jemu. Kedua-duanya sudah lusuh dalam genggaman. Hanya itu saja yang dia ada. Yang lainnya, hanya kenangan yang dia simpan di benak. Tiada sesiapa yang tahu, hanya dia saja.
Dia cuba menimbus semua kenangan itu. Dia cuba menyembunyikan keluh resah yang bersarang di hati. Untuk beberapa ketika, dia tersenyum sendiri bila mengingati saat indah ketika bersama wajah di dalam gambar yang di genggamnya tadi. Dia akan terus tersenyum menampakkan giginya yang sudah mula kekuningan. Dia suka bila mengingati semua peristiwa yang indah-indah. Dia masih ingat, dengan kukuh di dalam benaknya segala yang manis-manis. Saat ketika dia menggenggam erat jemari sambil sebelah tangan membelai pipi lalu berkata dengan lunak manja, "abang sayang ayang...". Dia akan tersenyum lagi.
Tiba-tiba, dia mencampakkan gambar yang di genggamnya. "Aku benci kau, aku benci !!"
Dia menjerit-jerit sambil memaki hamun gambar itu. Di hentak-hentaknya dengan tumit yang semakin merkah. Dia tidak lagi mempedulikan nasib jiran-jiran di bawah yang terasa di hantuk kepala mereka dengan dentuman tapak kakinya yang keras itu. Radangnya sudah memuncak.
Dia tunduk, memungut kembali gambar yang di pijaknya tadi, di rangkul dalam dakapan dengan penuh syahdu.Air matanya mengalir laju tanpa henti. Tersedu-sedu dia menangis. Dia duduk memegang lutut di sudut bilik sempit itu, bersandar pada pintu almari. Dinding yang di cat hijau itu sudah semakin suram suasananya.
Dalam sendu yang di sulami sayu dan bibir yang terketar-ketar, dia bersuara di dalam serak esak tangis, "abang sayang ayang..."
Hanya itu yang mampu di ulangnya. Dia kembali merenung dua keping gambar itu.
"Apa salah abang ?". Di renungnya gambar itu, lama.
"Inikan mimpi...." Dia menjawab sendiri.

Aku Bukan Lagi Bermimpi
Bilik itu sempit. Dindingnya berwarna hijau, bersih. Hanya ada sebiji katil bertilam empuk yang di baluti satu set cadar berwarna biru dan dua biji bantal yang langsung tidak pernah di basuh sarungnya.
Di tepi katil di tempatkan meja sisi yang di letakkan sebiji jam dan satu kotak tisu. Cermin muka juga di letakkan di atas meja itu. Sebuah almari yang menempatkan baju-baju dan barangan peribadi memdepani katil.
Kipas yang sentiasa berputar dengan kelajuan 3 di tambah dengan dingin penghawa dingin. Tiada apa-apa perhiasan lain. Suis lampu dan kipas di bahagian kiri sebelah pintu dan sederet penggantung baju bahagian kanan pintu. Plug penghawa dingin di kongsi bersama "charger handphone ". Untuk mengaktifkan penghawa dingin, kepala katil perlu di angkat sedikit.
Bilik itu memang kecil.
Dia hanya mampu membalik-balikkan badannya di atas tilam empuk itu. Fikirannya masih lagi buntu, bergelut di antara percaya dan tidak.
Minggu lepas, mudah sangat mimpi buruk menyapanya.
"Itu hanya mimpi, apa perlu takut", dia bersuara begitu ketika di ceritakan akan keanehan mimpinya.
"Sekarang, aku bukan lagi bermimpi..."
Hari ini, bilik yang kecil itu semakin mengecil. Dinding seakan menghimpit, siling seakan mahu menghempap dan putaran kipas bersama dingin penghawa dingin semakin menggigit tubuh kurus itu.
"Aku tidak pernah duga, kau campak aku begini. Aku juga sama sekali tidak pernah bermimpi kau lepaskan aku di pertengahan tanpa ada simpangnya."

March 15, 2011
"Kita tak pernah jauh..."
Kalau pun tidak sebulan, tetapi menghampiri juga sebulan saya tidak menulis apa-apa. Diam dan hanya melihat-lihat, menekuni falsafah dan susur nilai kehidupan.
Beberapa coretan yang saya catitkan di lembar kertas juga sudah hilang bersama timbunan surat khabar, buku dan kotak rokok yang bersepah di bilik sempit yang sering memberi saya kebebasan berfikir, berkhayal dan merasai enaknya membaca buku tanpa apa-apa gangguan.
"Kenikmatan bagi sesetengah orang tidak sama", Rausyam yang sentiasa riang pernah berkata begitu.
Saya setuju.
Bulan ini juga saya hanya duduk dan menunggu kedatangan 2 buah buku yang di beli secara dalam talian. Nafsu untuk berborong di toko buku seperti setiap bulan seakan terhenti. Bukannya kerana kekurangan waktu, tetapi himpitan peperangan jiwa yang mulanya rintik seakan titis renyai hujan semakin menghumban dan menjadi takungan yang menunggu masa akan mencurah deras, kalau pun tidak menjadi terpaan ombak mendadak yang melanggar Sendai di Jepun.
Sedar atau tidak atau sengaja tidak menyedari, saya mula kehilangan masa yang berharga. Pembahagian masa yang sudah hilang imbangannya sering membuat saya tersandung pada peristiwa-peristiwa yang seharusnya saya tidak lagi ulangi sehinggalah saya di sentap dengan ungkapan"kita semakin jauh..."
Mestikah saya jawab "kita tak pernah jauh, yang jauh hanya jasad".
Entah, belum tentu jawapan ini mampu memenangi hati.
Sudahnya, saya hanya mampu membetulkan niat dan meneroka ke dasar yang tidak pernah sesiapa pun duga.
Tidak selalunya orang akan ghairah bercakap tentang perasaan secara terang-terangan, masing-masing cuba menjaga hati, cuba membatasi dan mengurangkan kesilapan dalam percakapan dan bersantun dalam meluahkan, tetapi adakah kerana ingin menjaga hati,sifat dan salsiah diri akan terhakis? Tidak salah rasanya bersantun dan menjaga hati,cuma masing-masing perlu tahu apa masing-masing rasa......
Dan saya semakin sedar, saya tidak pernah jauh dari Dia....

February 24, 2011
Cerita Masa Muda
Aku tiba-tiba di kilas kenangan....
- Tadah topi minta ikhsan para pengunjung Up Town Damasara selesai memainkan lagu, lagu penutup mesti main Lithium(Nirvana). Sekali main dapat lebih kurang RM20, bahagi dua dengan Joe Senget. Balik rumah urut jari, minggu depan buat lagi. Modal cuma sebiji gitar jenama Godin(yang di beli secara akujanji).
- Lepak Starbuck KLCC sambil minum "coffee". Atas meja ada sebiji donut yang sudah tinggal habuk gula. Sekotak rokok yang di kongsi bertiga. Bila azan, Lan Jaga terus bangun, "lu lepak sini, gua nak p jumpa tuhan kat masjid jap".
- Naik bas sambil usung gitar dari Puchong Jaya, turun di Kotaraya. Kadang-kadang, snare pun aku galas sekali. Abang driver bas siap perli-perli. "Awak macam Kurt Cobain le..."
- Pusing-pusing KL sambil bawa beg galas tepi warna hijau jenama East India(macam budak-budak perempuan guna).Dalam beg cuma ada sebuah dua buku buat teman masa lepak tunggu member di Kotaraya. Sayang, beg galas hijau dah hilang masa menginap di rumah tumpangan(banglo) kawasan Jalan Traver's(satu bilik RM50/malam).Sebab utama menginap,kena tinggal dengan bas terakhir nak ke Puchong Jaya(masa tu bas Intrakota).
- Rokok Lucky Strike tanpa "filter". Member-member semua tak nak hisap. Lan Jaga cakap "budak muda mana ada yang isap rokok askar".
- Jalan kaki dari Kotaraya, melintas Bukit Bintang sampai KLCC. Kononnya nak lepaskan tenaga muda. Esoknya MC dua hari pasal demam. Habis kaki lebam sebab pakai selipar Jepun.
- Naik LRT dari KL Sentral turun Kampung Baru sebab nak merasa "steak" kat Stable House Kampung Baru.
- Lepak 5 jam dalam MPH Midvalley,belek-belek buku, angkat letak. Ambil sebuah baca sampai lunyai. Rasa macam duduk dalam Perpustakaan Negara.
- Kelam kabut kejar masa nak masuk kerja pasal bangun lambat. Tempat kerja kat Shah Alam, tinggal kat Puchong. Bila bangun lambat, bas dah pergi dulu. Terpaksa naik bas dari Puchong Jaya turun di KL Sentral pasal nak ambil komuter ke Shah Alam. Melintas depan Starbuck KL Sentral, nampak Pak Samad. Terus berhenti, tarik kerusi-duduk. Hulur buku Hujan Pagi yang masih belum khatam di baca. Pak Samad tandangan. Aku senyum sampai telinga. Masuk kerja lambat pun tak apa.
- Jumpa "kawan" dalam talian. Dia kata dia "berisi". Aku pasang angan-angan, "mesti dia seksi". Buat "blind date". Sekali jumpa...ya rabbiii...memang dia berisi. "Errr...saya kena balik ni, office baru call ada emergency"(padahal hari Ahad mana office buka!)
Subscribe to:
Posts (Atom)