Pernah saya di tanya seorang rakan, kenapa setiap kali bila bercakap tentang Dato’Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, saya seringkali mempertikaikan keupayaan beliau selaku pemimpin hingga seakan sudah tiada manfaatnya beliau menjawat jawatan selaku Perdana Menteri.
Mudah untuk saya menjawab melalui ruangan ini, supaya semua pembaca tahu pendirian saya mengenai Pak Lah dan saya juga tidak pernah meminta sesiapa menyokong atau mengiyakan pendapat saya ini, bahkan saya juga melarang sesiapa juga dari menidakkannya kerana ianya adalah pendirian saya, sebagai hamba yang merdeka dan mempunyai akal untuk berfikir dan membuat keputusan.Pendapat saya tentang Pak Lah:-
1- Perdana Menteri Malaysia yang paling lembab.
2- Kedaifan dan kesengsaraan rakyat harus di pertanggungjawabkan kepada beliau kerana dasar-dasar ekonomi yang di ilhamkan oleh beliau tidak memberi pulangan kepada rakyat sepanjang kekuasaannya dari 2003 hingga ke hari ini(2008)
3- Kekalahan mengejut Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dalam PRU 12 harus di tanggung oleh Pak Lah selaku pemimpin nombor 1 dalam BN dan UMNO.
4- Kekalutan yang berlaku di dalam UMNO sekarang juga adalah kerana ketaksuban Pak Lah memperjuangkan agenda yang entah apa dan untuk siapa.
Di samping itu, kegagalan beliau mempertahankan setiap kenyataan yang di keluarkan telah menghakis saki baki kepercayaan saya kepada Pak Lah untuk terus menerajui negara.Antara pembohongan yang di buat Pak Lah adalah keengganannya meneruskan misi Tun Mahathir merealisasikan jambatan bengkok antara Malaysia dan Singapura. Saya 'cedok'tulisan dari blog Datuk Ruhanie Ahmad @ kuda-kepang.blogspot.com ini sebagai rujukan untuk anda semua nilaikan.
Kita Hendak Jambatan Baru Ganti Tambak Johor
KUALA LUMPUR 10 Feb. 2006 -
"Pendirian kita mengenai Tambak Johor ialah kita hendak jambatan (baru) sama ada bengkok, lurus atau herot,'' kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Tegas Perdana Menteri, Malaysia memerlukan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm
dan dalam masa kurang dari 100 hari....ini pula kenyataan yang di keluarkan beliau...
Jambatan Batal Elak Implikasi Undang-Undang
KUALA LUMPUR 12 April 2006- Kerajaan hari ini membuat keputusan menghentikan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan Malaysia-Singapura. Serentak dengan keputusan itu, kerajaan turut memutuskan untuk memberhentikan semua rundingan bersabit pembinaan jambatan itu dengan republik tersebut.http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0413&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Harus juga di ingat, saya bukan pro pembangkang dan juga bukan seorang yang pro kerajaan . Saya adalah manusia yang bebas menentukan pilihan mengikut kepercayaan saya kepada pemimpin yang saya rasakan mampu membela nasib rakyat dan memastikan Malaysia berdiri sebagai sebuah negara berdaulat.
Apapun, kepada sesiapa yang mempunyai pandangan yang tidak selari dengan saya, maafkan saya dengan keceluparan dan kebiadaban yang semakin tak terkawal dalam diri saya sendiri.Segala tulisan ini lahir dari kekesalan dan kekecewaan yang ada pada saya dan saya perlu jujur menyatakan pendapat.
No comments:
Post a Comment