August 24, 2010

Dia Lelaki

" Sayang, kat mana?" Suara Fahmi melagu rindu.

" Kat rumah." Atika menjawab dengan nada yang sedikit terasa getarnya.

"Kenapa bising jer..." sambung Fahmi. Hatinya tiba-tiba bergolak.

" Tv ", jawab Atika.

" Saya rasa awak kat luar, bising lain macam jer.Awak cakap pun macam nak sembunyikan sesuatu..", Fahmi meneka.


"Cuba cakap elok-elok, nak marah-marah apasal! ", suara Atika melambung tinggi,

Fahmi diam, mematikan bicara dengan Atika.Cuaca redup malam dingin membenihkan kecurigaan.
Sebentar tadi, dia berjumpa Atika dan dengan tergesa-tergesa Atika pulang. Alasannya , "mahu balik berehat, penat sangat kerja."

Fahmi meneliti dengan tenang telefon bimbit di tangannya. Butang di tekan, mendail semula Atika. Mahu berbicara dengan selembut mungkin, memujuk kekasihnya.

"Hello...". Tidak berjawab. Tetapi jelas kedengaran suara Atika sedang bercakap sesuatu. Tidak pasti butir bicara tetapi yang pasti bukan dengan Fahmi.Tenggelam timbul suara seorang lelaki dan ngauman bunyi kenderaan.
"You, dah lewat ni...", suara Atika jelas kedengaran.

Fahmi diam. Pekat malam menghempat dadanya. Dia sesak.Dia kecewa.
Dia....masih lagi mengharap.

* Ini episod duka dalam hidup seorang lelaki yang baru sebentar tadi menghubungi saya.Saya rakamkan dalam nada kecewa dari seorang sahabat kepada sahabat. Saya pernah mengalami keadaan yang sama, 9 tahun dulu.Saya faham, dia lelaki yang seperti saya.

1 comment:

Brader Burger said...

:) jika DIA LELAKI ...dia pasti bisa tersenyum dan berkata " Sesungguhnya gua tidak sebodoh yang lu sangka "

Dan keesokan paginya..dia bangun menunaikan solat subuh. Seleasi solat Subuh dia berdoa...

" Ya ALLAH, Tuhan yang menciptakan Cinta dan Benci di dalam hati manusia..Jika Cinta yg gua rasa ini melebihi cinta yg seharusnya gua berikan padamu..Aku memohon keampunanmu ya Allah kerana tanpa sedar Aku cuba menyekutukan-Mu...

Aku hanya manusia yang kau anugerahkan rasa ini. Kau kekalkan cinta yang aku rasa ketika ini jika ia tidak menggangu cinta aku pada-Mu. Kalau sebaliknya kau lemparkanlah ia sejauh-jauhnya supaya aku dapat terus merasakan apa yg aku rasa ketika aku rebah sujud menghadap-Mu.Aku mohon damaikanlah hati ini.

Harap..DIA LELAKI itu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...