Untuk seketika waktu, Saerah hanya
memerhati sahaja sampul coklat yang terlekat setem dari Perancis itu. Ini
kali kedua dia menerima sampul surat dan setem yang serupa.
Dingin penyaman udara di dalam
kereta Gen 2 berwarna hitam yang dipandunya di pasang pada kelajuan maksimum.Sudah
hampir 30 minit kereta itu tidak bergerak, hanya di hidupkan enjin dan
di pasang penyaman udara sahaja, masih di petak parkir yang terletak di
tingkat 3 kediamannya. Mood ke tempat kerja hilang sama sekali.
Dia masih ingat dengan kukuh, surat
pertama yang di terima sebulan lalu telah memeranjatkan dirinya, bukan
sedikit airmata yang tertumpah. Dia benar-benar terkejut, Aidil yang hilang
sejak 4 bulan lepas rupanya sudah bertamu di Perancis, negara yang selalu
diangankannya.
Aidil, lelaki yang tidak pernah
menyerah kalah tetapi sejak peristiwa perdebatan antara dia dan Saerah
berkaitan permasalahan perhubungan mereka berdua dan di susuli dengan tindakan
Saerah yang terus mendiamkan diri, Aidil terus meninggalkan kediaman
mereka-sebuah kondominium mewah
berkonsepkan studio- di pinggiran sebuah tasik buatan manusia. Aidil menghilangkan diri dan Saerah
memilih terus menetap disitu.
Ini kediaman mereka yang ketiga. Yang pertama mereka menyewa sebuah pangsapuri di Sunway, Petaling Jaya sebelum Aidil memutuskan untuk berpindah kerana terlalu ramai warga Afrika. Dia bimbang keselamatan Saerah. Lalu mereka berpindah ke sebuah 'service apartment' di kawasan Puchong sebelum Aidil terus membelikan sebuah kondominium di kawasan Seri Kembangan.
Lama Aidil hilang sebelum muncul
sepucuk surat dan sepucuk surat itulah yang menggetarkan kembali hati dan
perasaan Saerah. Dia rasa bersalah, amat-amat bersalah. Pelbagai persoalan
timbul dalam dirinya. Kini, di tangannya sudah tergenggam surat yang kedua.
Dari bentuk tulisan, dia tahu surat itu dari Aidil.
Perlahan-lahan dia membuka sampul
coklat tersebut.
Sayang,
Ketika abang menulis surat ini,
abang baru sahaja kembali dari melawat perkampungan kecil Oradour Sul Glane-
kota sunyi yang di ranapkan semasa perang dunia kedua oleh askar Jerman.
Semua penduduknya di bunuh oleh askar Jerman ketika itu.Tempat ini sekarang
sudah menjadi antara tempat yang mesti di lawati oleh pelancong-pelancong
ke Perancis.
Abang menggigil kesejukan sewaktu
menulis surat ini, cuaca semakin menurun ke tahap beku walaupun musim sejuk
di jangka tiba dalam masa sebulan lagi. Abang amat ternanti-nantikan salji
yang akan turun, bagaimanakah indahnya permukaan bumi yang di liputi salji.
Ahhh....angan-angan abang untuk memegang salji insyaalah akan tercapai
juga.
Dulu, kita selalu berangan untuk makan angin. Bukannya tempat yang jauh-jauh sangat, cuma mahu ke Cameron Highlands sahaja. Pernah juga kita angankan untuk Phuket, tetapi sayangnya kita selalu bermasalah, passport tentunya.
Akhirnya, abang "makan angin"sorang-sorang sambil membawa lara hati.
Itu lebih baik dari duduk dan menetap di Malaysia kerana setiap kali abang menjejakkan kaki di beberapa tempat, ingatan abang segera terimbas kepada sayang. Mungkin pilihan abang menjejakkan kaki di bumi kelahiran Jean-Paul Sartre ini tepat. Kita dapat berjauhan dan abang rasa sayang lebih sukakan begitu. Kerana, selagi abang di sana, jemari abang pantas akan mengirim sms kepada sayang, atau kekadang menghubungi melalui panggilan yang akan mengganggu hidup sayang.
Sebenarnya, abang semakin tersepit di sini, dari segi kewangan terutamanya. Tunai yang di bawa dari Malaysia dan sudah di tukarkan kepada matawang Euro seakan mengecil ke tahap paling sedikit, cek kembara masih berbaki lagi, perlu menguruskan ekonomi dengan bijaklah nanti. Hidup sebagai pelarian tanpa apa-apa pekerjaan(buat masa sekarang) amat memeritkan. Abang cuba berjimat. Mujurlah, baru-baru ini berjumpa dengan seorang kenalan yang bekerja dengan kedutaan Malaysia dan beliau sedang berusaha untuk mendapatkan pas bagi membolehkan abang bekerja di sini.

Bagaimana dengan keadaan adik? Sudah selamatkah melahirkan anak sulung? Mak dan abah tentu suka sekali, sayang juga barangkali yang paling suka. Pesan pada suami adik, sekarang tidak tidak lagi boleh menonton Naruto, hahahahahahaha.
Sebagai penamat surat ini, abang doakan sayang sihat dan bahagia dengan kehidupan sayang.
Sebagai penamat surat ini, abang doakan sayang sihat dan bahagia dengan kehidupan sayang.
p/s : Sayang masih lagi 'malas'mandi? Hehehehehehehe
Jangan bangun lewat-lewat tau.
Jangan bangun lewat-lewat tau.
Salam sayang dari abang.
Montmartre, Paris.
Saerah merenung surat tersebut. Dia terus hilang bicara sedang radio sedang memainkan lagu Dadali, Di Saat Aku Mencintaimu.
"Aku inginkan dirimu datang dan temui aku.
Kan ku katakan padamu aku sangat mencinta..."Ini lagu kesukaan Aidil.....
No comments:
Post a Comment