Ahhh....minggu ini mungkin minggu yang sedikit tenat.Lambakan kerja yang tertangguh kerana minggu sebelumnya aku terlantar 3 hari kerana demam panas dan tonsil yang membengkak dan menjejaskan selera makan.
Setelah sedikit sihat, aku kembali menyambung kerja dan melayan karenah manusia yang pelbagai ragam.
Perancangan awal, hujung minggu aku akan ke Stadium Shah Alam untuk menyokong pasukan bolasepak negeri kelahiran aku, Kedah. Tapi sekali lagi hampa, -demam-kudrat aku di rampasNya seketika dan terlantar lagi di rumah.Isteri membuat keputusan dan kami pulang ke Kuala Selangor pada tengahari Sabtu(21-June-08).
Aku hanya mampu menonton siaran langsung perlawanan akhir bolasepak Piala FA antara Kedah dan Selangor dan dikelilingi oleh 8 orang penyokong setia Selangor!!
Untuk menjadi menantu yang baik, aku tak banyak bersuara walaupun keinginan untuk meluahkan kegembiraan dan keghairahan itu sentiasa ada , hanya sesekali menjeling pada isteri.Akhirnya, apa yang tercatat di media perdana menjadi nyata.KEDAH muncul juara dan secara tidak langsung hati yang sakit kerana pengulas veteran yang lebih arif dari pengadil yang berada di atas padang pun terubat.Sungguh , aku betul-betul menyampah dengan pengulas veteran dari RTM malam itu.Dia terlebih pandai, terlebih segalanya dalam memberi sokongan kepada pasukan Selangor.
Elok rasanya jika dia menjadi jurulatih pasukan Selangor yang kecundang di laman sendiri dengan jaringan 3-2 walaupun pasukan Kedah hanya membariskan pemain muda.
Ok...KEDAH Juara!!
Dan isteri yang terdiam tiada terkata!
1 comment:
Tahniah buat Kedah. Tabik buat Azrai yang berjaya cungkil bakat pemain- pemain muda yang agresif dan lincah. Memang bola sepak permainan orang muda. Tak macam Pahang. Azizul situa bangka pun main lagi. nak berlari pun tak larat
Post a Comment