July 09, 2008

Protes cara PKR


http://protes2008.blogspot.com/2008/07/isu-himpunan-protes-678.html
Protes??
Protes Sejuta Rakyat...baguskan bunyinya?
Tujuan asalnya juga di lihat bagus, memperjuangkan nasib rakyat.
Tetapi, apa sudah jadi?
Protes Sejuta Rakyat tercemar, bukan dengan pancutan air dari pihak polis atau hentaman belantan FRU tapi kerana kebodohan Carburetor Dung iaitu band "underground" yang masih lagi memiliki pemikiran tahap underground.
Hishamudin Rais sebagai individu yang bertanggungjawab membawa masuk hiburan tak kena tempat ke dalam 'protes rakyat' telah menanggung segala kesalahan perilaku biadab anggota kumpulan Carburetor Dung yang kurang memahami agaknya ungkapan beradab dan tatasulila.Tindakan beliau yang memohon maaf secara terbuka sejurus selepas amukan penonton sedikit meredakan suasana tetapi belum mampu membasuh luka dan menampal maruah yang sudah terpokah.Protes tidak perlu melondeh-londeh.
Hasilnya, PAS mengutuk dan sama sekali tidak dapat menerima adegan londeh- melondeh ini, apatah PAS juga perlu menjaga imejnya sebagai pejuang ISLAM di Malaysia.
Khabarnya, banyak sekali ahli PAS yang meninggalkan majlis setelah insiden kelucahan melampau ini berlangsung.Malu...kan,kan, kan?
Bagaimana pula dengan para pemimpin kanan Pakatan Rakyat yang lain? Siapakah yang harus di pertanggungjawabkan kepada keburukan laku Carburetor Dung selain dari Hishamudin Rais? Dri pemahaman saya dalam konsep 'Leadership' yang di pelajari, di terangkan bahawa "EVERYTHING IS YOUR FAULT", yakni ; sebagai ketua/pemimpin, segala kesilapan atau kesalahan yang di lakukan oleh orang bawahannya/pengikutnya maka secara langsung ketua juga turut bersalah. Jadi,siapa ketua/penganjur Protes Sejuta Rakyat ini? Adakah PKR? Adakah PAS? Adakah DAP? Adakah BN?
Akhirnya BN akan ketawa, DAP tersenyum bangga,PKR terus memberi penjelasan kepada rakyat jelata dan PAS tertunduk malu menutup muka semuanya kerana Carburetor Dung - Mari Jilat Menjilat. (bukan liwat meliwat yer)
Siapa kena jilat?Siapa tukang jilat??
Malas nak layan, lu layan le sendiri...
http://www.youtube.com/watch?v=rwMAGcOx8ms

3 comments:

sis_aflah said...

salam,
terima kasih sudi berkunjung ke blog saya..masih banyak yang perlu saya perbaiki dan pelajari.. :)

sis_aflah said...

salam,
terima kasih sudi berkunjung ke blog sy..masih byk yg perlu sy perbaiki dan pelajari.. :)

Nissa' Yusof said...

salam. tentang background tu, ada banyak source sekarang ni. taip je "blogger template" atau "blogger free template" atau apa2 yang berkaitan pada google or yahoo, lepas tu pilihlah mana2 templte yg awak suka, then copy code dia n paste pada template code dalam blog awak.

sebelum buat save dulu current code, so kalau tak jadi nnati boleh back up balik. ok. selamat mencuba, kalau ada apa2 nak tanya boleh emel saya, lebih mudah=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...