"Apa azam lu tahun ni?" Tanya sahabat baik
saya pada petang terakhir tahun 2012.
Sahabat saya itu, seorang lelaki yang senyap. Dia lelaki terakhir di dunia yang akan saya nikahi jika takdirnya saya ini seorang wanita.
Dia memaut tangkai gelas yang di dalamnya terisi teh tarik. Teh tarik itu juga adalah teh tarik terakhir yang sempat diteguknya, untuk tahun 2012. Halkumnya naik turun.
"Apa gila lu tanya gua macam tu?" Saya soal
kembali.
"Bukan ke azam lu tiap-tiap tahun mahu berhenti merokok?"
Eh, dia kembali menyoal, tidak langsung menjawab soalan dari
saya.
Berhenti merokok? Itulah antara azam yang tidak mungkin lagi saya jadikan azam kerana saya tahu, isteri akan gelakkan saya. Itu pasti.
"Azam gua? Kalau gua cakap gua mau kawin lagi satu, lu sanggup tumpangkan gua bermalam kat rumah lu?"
Dia terkekek ketawa.
"2013 ni gua berazam nak beli banglo lima tingkat. Tingkat satu dan dua, gua jadikan ruang keluarga. Tingkat tiga, gua jadikan studio muzik, siap karaoke. Senang lu nak nyanyi. Tingkat empat gua buat balai pameran lukisan dan foto, siap ada studio untuk proses gambar dari kamera gua. Tingkat lima, gua jadikan ruang solat dan mini perpustakaan." Terang saya.
"Apasal lima tingkat? Lu beli banglo tujuh tingkat ke, lapan tingkat ke." Cadang sahabat saya.
"Rukum Islam ada lima je boii. Jadi banglo pun lima tingkat je. Ikut syariat." Saya tidak mati akal untuk mematikan usikan sahabat tadi.
Dia hanya tersenyum. Memahami gurauan saya.
"Gua malas nak berazam."
Saya mencapai rokok di atas meja dan asap berkepul-kepul di ruang udara. Asap terakhir dari ruang rongga tekak, saya hembuskan ke muka sahabat saya tadi dengan doa, "Ya Allah, Kau bukakanlah hati sahabatku untuk sama-sama merokok seperti aku. Amin..."
Semenjak saya baligh dan sudah pandai mengayat 'awek', saya tidak pernah lupa untuk memasang azam setiap kali menjelang tahun baru tetapi untuk tahun 2013 azam saya adalah "untuk tidak
berazam".
No comments:
Post a Comment