December 23, 2008

Biru,biru...lu tipu!

Bosan.Perkataan mudah yang mengalir dalam minda yang di turunkan ke paparan “key board”computer.
Benar-benar bosan bila nafsu untuk menulis berada di puncak, tapi hilang puncanya.Entah apa yang ingin dikhabarkan.
Perkara sebegini selalunya berulang dalam rangkap yang sama, di ulang-ulang untuk entah berapa kali.Di tambah lagi dengan sambungan internet yang kerap tergendala, terputus-putus.Kekerapan paparan “no connection”memang menyesakkan, kadang-kadang mudah pula amarah menguasai diri.Sudah kerap benar perkara serupa terjadi dan sudah kerap juga talian khidmat pelanggan pembekal perkhidmatan internet di sergah, kadang-kadang saya menghantar dalam nada yang kasar, nada yang harus di fahami semua orang bahawa seseorang sedang “naik minyak”.Harapkan iklan sahaja yang gah, tetapi pada dasarnya, iklan itu hanya tarikan.Kuasa biru,ahhh…bukan kuasa biru tapi kuasa menipu.Saya pernah mengirim mesej untuk CEO syarikat tersebut yang di kirim melalui bahagian khidmat pelanggan.Kata saya pada lelaki yang menyambut panggilan tersebut “suruh CEO awak resign, dia gagal mengotakan janji yang terpampang di iklan”.Saya faham, amukan begitu hanya untuk mendamaikan jiwa yang sedang memberontak,sia-sia.
Benar-benar kecewa, tambahan pula dalam keadaan sekarang yang amat memerlukan kita pantas bergerak,pantas berfikir dan tekanan kerja yang berada di puncak.Waktu-waktu sebegini, perkhidmatan internet teramat penting untuk saya.Bukan hanya untuk melayari web, tapi juga untuk menyudahkan kerja yang tergendala.
Hairan, untuk entah kali ke berapa juga, rungutan pengguna seperti saya tidak pernah di pedulikan.Hanya setakat “encik, laporan encik sudah kami terima dan pihak kami akan mengambil tindakan susulan”.Telinga sudah lali dengan perkataan dan ayat yang sama, Cuma ulangannya dari suara yang berlainan.
Untuk sekian kalinya, saya masih tertipu….

3 comments:

man said...

aku guna celcom broadband, pusing satu malaysia.. ok jer.. selalu je dpt top speed..

kdg2 je down, and its acceptable.. tp overall mmg puas hati

Anonymous said...

nk mrh ngan cust service pn dpt ape?? bukan salah dorg pn.. dorg mmg dh jalankn tugas dh tue uat report tuk u.. kalo x puas ati just terminate jer u nyer broadband try provider laen... lg pun kalo u nk CEO biru resign x kan jadik nyer.. coz u r nt paying for his salary.. mimpi lew..

Shahrul Rock said...

Jawapan untuk pengirim tak bernama "Anonymous":-
Kalau tak marah kat CS, nak marah kat sapa pula?Nak marah kat modem?Kat laptop?
Aku dah terminate Celcom.Done!
Bebanan dah lepas,tension psal DC dah takde,insyaallah.
Hehehehehe....
Sapa cakap aku tak bayar gaji CEO tu?
Pendapatan dia datang dari mana?Turun dari langit?Muncul dari tanah?Pernah dengar istilah "CUSTOMER ALWAYS RIGHT?"
Dan aku, pelanggan(CUSTOMER).
Setiap sen yang aku bayar, perlu di pulangkan dengan perkhidmatan.Aku membayar untuk mendapatkan perkhidmatan,bukan membayar dengan niat untuk kebajikan.
Walaupun bayaran yang aku bayar tu tak banyak mana, tapi sebesar hama(mungkin), telah masuk ke poket CEO, telah di rekodkan di dalam payslip CEO tersebut.
Secara langsungnya, apa yang lu cakap "coz u r nt paying for his salary.. mimpi lew..", TIDAK BETUL!
Atau dalam makna yang mudah untuk lu faham "AKU BAYAR GAJI CEO TERSEBUT"!

Bukan marah...
tapi NASIHAT.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...