Lama betul gua tidak gunakan blogspot. Rasa pelik lain macam. Dulu-dulu, gua rajin sangat menulis panjang-panjang. Tetapi bila dirasakan, tulis pun bukannya ada orang akan baca, bukannya ada pihak ambil peduli-sudahnya blog bersarang-beralih ke media sosial lain-FB, Instagram dan Twitter-ada juga kutu ambil peduli baca sekerat dua, ada juga menteri bagi maklumbalas sepantas kerdipan mata(terima kasih KJ).
Kenapa gua kembali menulis di blog?
Sebelum lu tanya, gua jawab dululah.
Gua sedang menulis aduan di laman Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan saat untuk memasukkan beberapa keping gambar, melingkup. Maksud gua web yang depa buat macam lahanat. Sepatutnya dipermudahkan. Ini tidak, bila lu klik di tetingkap "Add Image", akan muncul "url" jadah apa yang minta link.
Menyampah punya pasal, gua pun cuba mengingati kembali kata laluan untuk blogspot. Mujurlah dulu-dulu abah gua bagi gua makan banyak kismis, daya ingatan gua sedikit kuat.
Oh, lu mahu tahu kenapa gua buat aduan di Jabatan Pendidikan?
Ini disebabkan masalah Sekolah Kebangsaan Kubang Teduh(SKKT), yakni sekolah rendah tempat gua mula kenal papan hitam(walau hijau) yang dikhabarkan sedang uzur teruk walaupun menteri kita canangkan Malaysia negara maju yang akan ada kapal terbang ulang alik dari Kuala Selangor ke Shah Alam(saja gua merapu).
Itulah. Menteri kita sembang kencang tapi bab bertindak lembab. Kena heboh-heboh barulah ada tindakan.
Gua malas sebenarnya untuk taip panjang-panjang.
Lu tengok sajalah gambar yang gua sertakan ini dan untuk makluman lu, semua gambar yang ada diambil sekitar bulan Jun dan Julai 2017, bukannya tahun 1990.
No comments:
Post a Comment