June 25, 2008

Pak Samad Merajuk....

Ketika ingin bersarapan di pejabat pagi tadi, saya mencapai susunan akhbar The Sun yang berselerak untuk di jadikan alas meja(orang utara panggil saprah) di bilik makan yang sempit itu.

Beberapa helai dari akhbar tersebut saya hamparkan di atas meja dan selebihnya akan di jadikan bacaan ketika makan.
Saya terjumpa satu temuramah seorang wartawan dengan Pak Samad Said dalam ruangan Extra! Conversations dan amat menarik untuk di baca dan saya semakin sedar yang saya ketinggalan zaman kerana tarikh akhbar tersebut adalah pada 06-Mac-2008!
Pak Samad meluahkan kekalutan sastera Malaysia yang terikat dengan fatwa yang bukan-bukan dari pemerintah dan beliau secara jujurnya(saya rasakan) menyifatkan pemerintah sekarang ini telah memenjara dan menghina Sasterawan Negara dengan menyifatkan karya SN adalah karya terlalu berat untuk di jadikan bacaan anak-anak sekolah.Beliau juga mengatakan ketika zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pelajaran(Pendidikan), saudara Anwar prihatin dan menghargai setiap karya SN dan begitu juga dengan Tun Mahathir yang mengirimkan buku kepada Pak Samad untuk di baca.
Sesudah kenyang dengan sebungkus nasi lemak, saya melayari laman web The Sun dan terjumpa temuramah tersebut untuk di kongsi bersama....http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=20962



Malay lit under threat
National Laureate Abdul Samad Muhammad Said, better known as A. Samad Said, has 65 books to his credit, from short stories to poetry. His popular novels include Salina, Hujan Pagi, Cinta Fansuri and Langit Petang. The state of serious Malay literature in the country, however, makes the writer sad, angry, and frustrated. He tells Bissme S. he has given up all hope of it getting the recognition and support it deserves.


June 24, 2008

Kenapa saya menolak Perdana Menteri ke 5?

Merpati putih sebagai simbol kebebasan....

Pernah saya di tanya seorang rakan, kenapa setiap kali bila bercakap tentang Dato’Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, saya seringkali mempertikaikan keupayaan beliau selaku pemimpin hingga seakan sudah tiada manfaatnya beliau menjawat jawatan selaku Perdana Menteri.
Mudah untuk saya menjawab melalui ruangan ini, supaya semua pembaca tahu pendirian saya mengenai Pak Lah dan saya juga tidak pernah meminta sesiapa menyokong atau mengiyakan pendapat saya ini, bahkan saya juga melarang sesiapa juga dari menidakkannya kerana ianya adalah pendirian saya, sebagai hamba yang merdeka dan mempunyai akal untuk berfikir dan membuat keputusan.Pendapat saya tentang Pak Lah:-
1- Perdana Menteri Malaysia yang paling lembab.
2- Kedaifan dan kesengsaraan rakyat harus di pertanggungjawabkan kepada beliau kerana dasar-dasar ekonomi yang di ilhamkan oleh beliau tidak memberi pulangan kepada rakyat sepanjang kekuasaannya dari 2003 hingga ke hari ini(2008)
3- Kekalahan mengejut Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dalam PRU 12 harus di tanggung oleh Pak Lah selaku pemimpin nombor 1 dalam BN dan UMNO.
4- Kekalutan yang berlaku di dalam UMNO sekarang juga adalah kerana ketaksuban Pak Lah memperjuangkan agenda yang entah apa dan untuk siapa.

Di samping itu, kegagalan beliau mempertahankan setiap kenyataan yang di keluarkan telah menghakis saki baki kepercayaan saya kepada Pak Lah untuk terus menerajui negara.Antara pembohongan yang di buat Pak Lah adalah keengganannya meneruskan misi Tun Mahathir merealisasikan jambatan bengkok antara Malaysia dan Singapura. Saya 'cedok'tulisan dari blog Datuk Ruhanie Ahmad @ kuda-kepang.blogspot.com ini sebagai rujukan untuk anda semua nilaikan.

Kita Hendak Jambatan Baru Ganti Tambak Johor
KUALA LUMPUR 10 Feb. 2006 -
"Pendirian kita mengenai Tambak Johor ialah kita hendak jambatan (baru) sama ada bengkok, lurus atau herot,'' kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Tegas Perdana Menteri, Malaysia memerlukan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

dan dalam masa kurang dari 100 hari....ini pula kenyataan yang di keluarkan beliau...

Jambatan Batal Elak Implikasi Undang-Undang
KUALA LUMPUR 12 April 2006- Kerajaan hari ini membuat keputusan menghentikan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan Malaysia-Singapura. Serentak dengan keputusan itu, kerajaan turut memutuskan untuk memberhentikan semua rundingan bersabit pembinaan jambatan itu dengan republik tersebut.
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0413&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm


Harus juga di ingat, saya bukan pro pembangkang dan juga bukan seorang yang pro kerajaan . Saya adalah manusia yang bebas menentukan pilihan mengikut kepercayaan saya kepada pemimpin yang saya rasakan mampu membela nasib rakyat dan memastikan Malaysia berdiri sebagai sebuah negara berdaulat.
Apapun, kepada sesiapa yang mempunyai pandangan yang tidak selari dengan saya, maafkan saya dengan keceluparan dan kebiadaban yang semakin tak terkawal dalam diri saya sendiri.Segala tulisan ini lahir dari kekesalan dan kekecewaan yang ada pada saya dan saya perlu jujur menyatakan pendapat.

June 23, 2008

Piala FA- KEDAH lagi.....

Foto dari http://azuwanibrahim.com
Ahhh....minggu ini mungkin minggu yang sedikit tenat.Lambakan kerja yang tertangguh kerana minggu sebelumnya aku terlantar 3 hari kerana demam panas dan tonsil yang membengkak dan menjejaskan selera makan.
Setelah sedikit sihat, aku kembali menyambung kerja dan melayan karenah manusia yang pelbagai ragam.
Perancangan awal, hujung minggu aku akan ke Stadium Shah Alam untuk menyokong pasukan bolasepak negeri kelahiran aku, Kedah. Tapi sekali lagi hampa, -demam-kudrat aku di rampasNya seketika dan terlantar lagi di rumah.Isteri membuat keputusan dan kami pulang ke Kuala Selangor pada tengahari Sabtu(21-June-08).
Aku hanya mampu menonton siaran langsung perlawanan akhir bolasepak Piala FA antara Kedah dan Selangor dan dikelilingi oleh 8 orang penyokong setia Selangor!!
Untuk menjadi menantu yang baik, aku tak banyak bersuara walaupun keinginan untuk meluahkan kegembiraan dan keghairahan itu sentiasa ada , hanya sesekali menjeling pada isteri.Akhirnya, apa yang tercatat di media perdana menjadi nyata.KEDAH muncul juara dan secara tidak langsung hati yang sakit kerana pengulas veteran yang lebih arif dari pengadil yang berada di atas padang pun terubat.Sungguh , aku betul-betul menyampah dengan pengulas veteran dari RTM malam itu.Dia terlebih pandai, terlebih segalanya dalam memberi sokongan kepada pasukan Selangor.
Elok rasanya jika dia menjadi jurulatih pasukan Selangor yang kecundang di laman sendiri dengan jaringan 3-2 walaupun pasukan Kedah hanya membariskan pemain muda.
Ok...KEDAH Juara!!
Dan isteri yang terdiam tiada terkata!

June 21, 2008

Aku dan Bob Marley

Seorang rakan yang terpisah dan terputus hubungan dengan saya hampir 6 tahun, baru-baru ini dapat di temu semula , melalui usahanya menjejaki saya berpandukan blog ini.
Setelah berhubung dan mempersetujui tarikh pertemuan, kami pun berjumpa di sebuah restoran mamak yang tak pernah sunyi dengan pengunjung.
Dia masih seperti dulu.Masih lagi janggut sejemput dan rambut paras bahu dengan badan yang sedikit berisi dan kulit yang juga sedikit putih.Khabarnya, dia baru kembali dari Kanada, setelah menyambung pelajaran selama 4 tahun di sana dan sekarang masih lagi mencari peluang pekerjaan yang sesuai.Saya masih lagi senang dengan sikap terbukanya, cara dia meluahkan apa yang terbuku dan menyuarakan pendapat secara jujur dan lantang.
Setelah berkongsi cerita dan gelak ketawa, dia menghadiahkan saya CD lagu-lagu Bob Marley Special Edition yang di bawa pulang dari Kanada!Terkejut dan teruja.
Setelah tersengih hampir 10 minit kerana menerima cenderahati yang berharga itu, saya bergegas pulang kerana ada urusan lain yang perlu di bereskan, begitu juga dengan dia yang perlu ke Subang Jaya untuk bermain futsal,katanya.
Dalam perjalanan pulang, saya menerima kiriman sms dari dia.
"Rock, aku lupa nak tanya tadi.Kenapa hang suka sangat dengan Bob Marley ni?"
Kerana memandu, saya tidak menjawab sms beliau dan sampai di rumah, saya kembali menjawab sms tadi.
"Aku suka, pasal dia seorang pejuang."
Dan sms saya tadi tidak di jawabnya, sehingga sekarang.
Bersandarkan pada sms dari rakan saya tadi, di sini saya muatkan lirik salah satu dari lagu Bob Marley.Kita ambil mana-mana yang baik dan jauhkan mana-mana yang mungkar.Moga ada keinsafan dari dalam diri kita semua.

War-Bob Marley
Until the philosophy which hold one race superior
And anotherInferiorIs finally
And permanently
Discredited
And abandoned
-Everywhere is war -
Me say war.
That until there no longer
First class and second class citizens of any nation
Until the colour of a man's skin
Is of no more significance than the colour of his eyes
-Me say war-
That until the basic human rights
Are equally guaranteed to all
Without regard to race
-Dis a war.
That until that day
The dream of lasting peace
World citizenship
Rule of international morality
Will remain in but a fleeting illusion to be pursued
But never attained
-Now everywhere is war - war.
And until the ignoble and unhappy regimes
That hold our brothers in Angola,In Mozambique,South Africa
Sub-human bondage
Have been toppled,Utterly destroyed
-Well, everywhere is war -Me say war.
War in the east,War in the west,War up north,War down south
-War - war -Rumours of war.
And until that day,
The African continent
Will not know peace
We Africans will fight
- we find it necessary -
And we know we shall win
As we are confident
In the victory
Of good over evil
-Good over evil, yeah!Good over evil -
Good over evil, yeah!
Good over evil -Good over evil, yeah!

June 19, 2008

Jalan ohhh Jalan

"Dengan kuasa manusia boleh lupa diri.Dengan kuasa juga manusia boleh membentuk orang lain mengikut telunjuk.Pengaruh dan kuasa jika di salah guna boleh membinasa. "

Ketika waktu rehat tengahari yang lengang , saya mengambil kesempatan menghubungi ibu di kampung.Seperti selalu, ibu akan menanyakan tentang cucunya yang sulung-Syaamil- selepas itu mula bercerita tentang suasana kampung.Kebiasaannya, ibu akan mengadu perangai abah yang sukar di duga dan perangai atuk yang selalu riang walau keseorangan.
Ibu sempat juga bercerita perihal jalan kampung yang sudah berlopak setelah di turap 5 tahun lalu.Cerita ini sudah berkali saya dengar, sejak 2 tahun lepas rasanya dan cerita ini juga tidak pernah menampakkan penamatnya.
Jalan kampung itu, terlalu penting bagi ibu,sama pentingnya dengan kenaikkan harga minyak yang kita bualkan sekarang.Jalan tersebut menghubungkan antara kampung saya dan jalan utama yang berjarak kira-kira 2 kilometer, antara nadi penting untuk keluar masuk kampung.Jalan tersebut juga akan di lanyak semahunya oleh mesin padi dan traktor/kubota(mesin bajak) ketika musim menuai dan musim membajak sawah.Setelah itu, penduduk akan kembali merungut kerana jalan sudah lunyai.
Apapun, jalan tersebut secara kasarnya di anggap indek untuk pemerintah.Baik dan buruk jalan tersebut menandakan jatuh dan bangunnya pemimpin dan YB.Tidak hairanlah, pada tahun 2004 jalan tersebut senantiasa mengeluarkan wap tar yang segar dan sentiasa hitam berkilat.Ketika mula-mula di turap, ada suara yang berkata
“tengok apa kerajaan BN bagi, anak-anak nak pi sekolah pun senang, dah tak payah nak lompat-lompat lopak air.
Setelah agak lama , jalan yang berturap tadi mula merekah.Dan mereka berkata lagi “YB tak mai tengok kampung, macam mana dia nak tau.Tunjuk muka masa nak mengundi lepas tu ghaib”.Secara tidak langsung indek pencapaian untuk wakil rakyat dari BN semakin jatuh dan semakin hilang popularitinya.Setelah itu,ia kembali berlopak-lopak,buruk yang teramat.
Cerita-cerita berkaitan jalan mula menjadi bahan usikan sesama jiran sekampung dan selalunya keluarga saya yang terkenal kerana “pewaris UMNO” akan selalu di gelakkan oleh mereka yang tidak menyokong BN@UMNO.Abah selalunya mematikan usikan tersebut dengan segera ke pejabat UMNO, menemui beberapa kenalan dan jalan tersebut di baik pulih kembali.Lopak-lopak di turap semula dan mulut-mulut yang menyindir akan diam sebentar.Setelah itu kedengaran pula “baguih nooo YB ni, dia malas nak mai tengok kampung tapi jalan cepat pula dia
repair”.Abah pula akan berkata “YB tu banyak kerja, mesyuarat seluloi kena pi,hampa semua tak payah kelam kabut,dia tau la apa nak buat”.
Begitulah yang berlaku saban tahun dan YB tetap tak juga muncul-muncul. Manifesto pilihanraya yang lepas-lepas sudah di lupakan dan penduduk kampung akan terus lagi bercerita perihal jalan.
Tapi, cerita ibu hari ini membuatkan saya tersenyum.
Setelah DUN Anak Bukit bertukar dari BN kepada PAS dalam gelombang PRU12, cerita dari ibu juga semakin panas.Menurut ibu lagi, jalan yang berlopak pada awalnya sudah menampakkan tanda-tanda akan menjadi “kolam ikan” dan setelah 100 hari, wakil yang di pilih rakyat tidak juga muncul walaupun sebelum ini beliau kerap menghadirkan diri ke majlis-majlis kenduri baik kenduri kahwin ataupun kenduri kesyukuran yang kecil-kecil.
Yang paling saya ingati tentang wakil rakyat sekarang ini, beliau antara orang pertama yang sampai kerumah keluarga saya ketika arwah nenek meninggal dunia pada 08 October 2007 dan peristiwa ini menzahirkan beliau sebagai pemimpin yang harus di hormati.Ketokohannya begitu terserlah.Dengan berkereta Kenari dan berbaju Melayu dia tanpa segan silu berjabat tangan dengan saya dan menanyakan khabar seperti seorang kenalan-terharu-kerendahan hatinya membuatkan saya terpaku.Waktu itu, saya kurang arif dalam percaturan politik dan saya menerimanya sebagai kunjungan silatulrahim.
Setelah menang dalam PRU12, khabarnya keakraban sudah hilang dan orang-orang kampung masih lagi menantikan beliau untuk menjenguk kampung,mengAMINkan doa-doa ketika kenduri dan yang lebih penting lagi untuk membantu membaik pulih jalan yang sudah berlopak.
Mungkin dia sibuk dengan susunan jadual yang ketat.Itu saya faham.
Tapi dapatkah orang-orang kampung memahami kesibukan beliau,mereka kini ternanti-nanti janji yang pernah di sogokkan ketika berceramah dulu,mana pergi kata-kata “saya berjanji akan membantu semua orang, bersusah untuk rakyat sekiranya saya terpilih.Makan setalam, tidur sebantal”.Dapatkah Cik Teh,Ngah Omar, Tok Ndak Lin dan Toksu Hassan faham istilah “sibuk”??
Dan untuk YB sendiri, dia perlu faham kata-kata Stephen Covey "when you can give yourself to work that brings together a need, your talent and your passion, power will be unlocked".
Ibu akan terus bercerita dan mengadu lagi perihal jalan……

June 18, 2008

Situa..si


Situasi 1
Rumah pangsa 2 bilik di tengah-tengah hirup pikuk kenderaan dan teriak ketawa warganya.Seorang ayah termenung di kaki lima rumah sambil merenung ke bawah melihat tempat parking .Motor EX5 buruknya sudah banyak karat dari cat dan sedikit masa lagi dia akan menerima RM150 ehsan dari kerajaan untuk rakyat yang bermotorsikal 250cc ke bawah.Dari dalam rumah,suara anak kecilnya merengek lagi minta sebotol susu dan isteri masih belum berhenti berleter perihal kedai runcit di tingkat bawah yang sudah menaikkan harga ikan dan sayur dengan sesuka hati atas alasan harga petrol sudah naik.Merungut lagi bila tong beras sudah nampak dasarnya.Anak sulungnya pula meradang bila siaran tv sedikit terganggu."Itulah ayah,ada Astro tak nak bayar bil,kan dah kena potong".
Si ayah menggeleng-geleng kepala.Kusut.Ketiga-tiga anak yang bersekolah memberitahu harga tambang bas akan naik mulai bulan depan.Kusut lagi.Pendapatannya masih di takuk lama,tiada apa-apa perubahan.Harga petrol benar-benar membuat dia pening.
"Kalau aku terjun dari tingkat atas ni, dah tentu semua masalah takde" fikirnya pendek.
"Abang, tak nak kerja ke, dah pukul berapa ni"isteri muncul di muka pintu dan dia segera masuk ke dalam rumah mengenakan seragam Security.Jam menunjukkan pukul 6:40 petang dan perlu segera berasak sesak untuk sampai sebelum jam 07:00 petang.
Hidup perlu terus berjalan dan waktu akan sentiasa berputar.


Situasi 2
Rumah teres 2 tingkat di pinggir ibu kota, sedikit sunyi cuma sesekali kedengaran bunyi motor mat rempit berpelesit laju dan hilang,yang tinggal hanya bauan minyak 2T.Di laman rumah, seorang lelaki dalam lingkungan 30an bercekak pinggang sambil memanjang-manjangkan leher meninjau ke rumah sebelah, mengintai kereta baru jirannya-Naza Citra- dia sendiri masih lagi berkereta Proton Waja 1.6 , dalam hatinya terdetik sedikit cemburu.Tapi, bila memikirkan harga petrol sudah naik , rasa cemburu itu pun beransur hilang.Yang penting kini, dia dan isteri juga 2 orang anaknya mampu makan dan hidup sedikit selesa.Saranan supaya berjimat juga perlu di patuhi.Sekarang masa berbelanja mengikut kemampuan dan keutamaan.Malam semalam, isterinya mencadangkan percutian ke Pangkor di batalkan kerana harga minyak yang sudah meningkat."Abah dapat bonus hujung tahun nanti kita pergi yer adik" pujuk si isteri pada anak sulungnya yang bermuka masam setelah di beritahu pembatalan percutian tersebut.Pada dia, utamakan makanan yang enak dari berkereta besar.Tambahan pula, kereta di bawah 2000cc dapat rebet RM625, saguhati dari kerajaan.Jika menukar kereta seperti jiran sebelah, tiada langsung rebet dari kerajaan.Rugi.


Situasi 3
Rumah lot banglo di pinggir bukit berdekatan ibu kota. Kejiranan yang sunyi dan damai.Jarak antara rumah di pisahkan dengan pagar dan harga pagar berkenaan bersamaan dengan sebuah Perodua VIVA.Di tingkat 3 banglo tersebut, seorang lelaki dalam usia hampir pencen dengan perut yang memboyot meninjau-ninjau pemandunya yang asyik membasuh kereta isterinya, sebuah Mini Cooper 1400cc di laman rumah dan Mercedez Benz barunya masih berselimut.Sesekali, pemandu tersebut bersiul dan menari-nari.Lelaki tadi tersenyum sendirian.Dia mendiamkan diri pada kerusi di balkoni.Membelek-belek akhbar dan mendengus panjang bila membaca tajuk utama.”PM Nasihatkan Rakyat Berjimat”.Dia bercakap sendirian “ harga minyak naik semua orang kelam kabut, bantulah kerajaan sikit, ini asyik nak bebankan kerajaan aje,subsidi,subsidi.Tak habis-habis dengan subsidi”.Isterinya yang masih muda dengan baju tidur yang menampakkan semua yang sepatutnya tersembunyi melenggang-lenggang merapati.”Abang, kita batalkan yer trip ke London,harga barang dah naik.Untuk berjimat,I dah book flight dan hotel di Bali”.“Ikut youlah sayang,I tak kisah”dia membalas."You pun kena ingat, jangan lagi nak bershopping kat KLCC, jimat sikit duit tu",gurau lelaki tadi dan si isteri berlalu pergi.
"Betul, kena berjimat, kalau tidak nanti kerajaan juga yang susah" dia masih lagi bercakap sendirian.

June 04, 2008

Petrol


"Harga petrol naik , baru di umumkan tadi". SMS dari isteri ketika saya masihlagi sibuk di pejabat petang tadi(04-June-2008)."Ok...le tu, Pak Lah kan pemimpin yang berjiwa rakyat. Segala masalah negara dan dunia wajib di kongsi bersama rakyat". Balas saya pada isteri sambil mencari-cari kemana hilangnya Mr.Rafi untuk di khabarkan berita gembira ini.Akhirnya, harga petrol naik lagi, walaupun Datuk Shahrir Samad baru saja memberi kenyataan yang sedikit melegakan,berkemungkinan harga petrol di jangka naik pada bulan Ogos, tetapi seperti selalu Pak Lah penuh dengan kejutan.
Pengumuman yang di buat Pak Lah sedikit sebanyak meyakinkan saya yang Pak Lah masih lagi belum insaf dengan kejutan gelombang 30 sen yang membaham lima negeri dan mengoyakkan kekuasan BN pada PRU 12 pada bulan Mac lalu.Seperti yang di katakan beliau dalam sidang akhbar sejurus selepas pengumuman penuh bermakna dan dengan ekspresi yang beremosi itu, antara sebab utama kenaikkan harga petrol terpaksa di lakukan adalah untuk mengimbangi kenaikan ketara harga pasaran minyak dunia yang semakin meninggi.Hakikat ini terasa berat untuk di terima, tambahan pula kenaikan harga petrol akan menyeret bersama kenaikan harga barangan keperluan lainnya,hatta harga semangkuk cendol pun akan turut naik.Dan alasan yang sedikit popular adalah kerana kerajaan sudah tidak berkemampuan menanggung subsidi minyak dan secara langsungnya kenaikkan harga petrol kali ini akan membuatkan tabung kewangan kerajaan mengalami penjimatan sebanyak RM13 billion setahun.Persoalannya....kemana agaknya RM13 billion itu nanti akan mengalir?Rakyat tiada jawapan,kerana yang menguruskannya adalah pak-pak menteri yang maha adil dan maha jujur itu.
Kita semua rasanya telah belajar kesan-kesan dari kenaikan harga petrol dan kesannya masih lagi melekat kukuh,bukannya kurap yang boleh di ubati dengan akar gelenggang tapi parut yang berbekas ke akhir hayat. Kehidupan yang sedia sempit kini di rasakan semakin menghimpit dan rakyat akan berterusan di sogokkan dengan kata-kata nasihat dari pak-pak menteri supaya berjimat dan memahami masalah yang sedang di hadapi kerajaan walaupun kurang benar pak-pak menteri yang memahami masalah rakyat.Apa lagi yang perlu kita jimatkan yer??Cadangan supaya rakyat mengubah cara hidup juga di lihat hambar.Apa yang perlu di ubah?
Teringat pada perbualan dengan seorang rakan, sewaktu isu harga beras mengisi dada akhbar.
Katanya "tanam pokok ubi, beralih dari menjadikan nasi sebagai makanan utama kepada menggunakan ubi sebagai sajian seisi keluarga lepas itu, elok juga kerajaan anjurkan pula pertandingan kentut terkuat akibat tabiat memakan ubi."
Wahai pemimpin yang adil lagi bijaksana, ada baiknya kalian semua renungkan kata-kata hikmat yang di ceduk dari ilham Pak Samad Said dalam novel Daerah Zeni ini.Katanya "kehidupan ini amat pendek dan akan menjadi lebih pendek lagi jika seseorang tidak mencurahkan erti ke dalamnya".Sekarang....lu pikir le sendiri!

Ezam dan UMNO


Setelah lama berdiam dari bercakap dan bercerita tentang “susunan”politik Malaysia akhirnya saya tercuit untuk kembali menghantar fakta yang perlu digeluti dan digaul agar kita lebih menjadi manusia yang bersifat terbuka, menerima dan memberi.
Kemasukan semula saudara Mohamad Ezam Mohd Noor ke dalam UMNO lalu di bukakan pintu yang seluasnya oleh Perdana Menteri telah benar-benar mencuit jiwa saya.
Eloklah jika di katakan bahawa kemasukan Ezam ini tidak lebih dari kepulangan sang perderhaka yang di sambut dengan kompang dan rebana tetapi pemergian si pejuang di hantar dengan maki hamun dan sumpah seranah.
Ezam kembali ke dalam UMNO setelah Tun Mahathir melangkah meninggalkan UMNO lalu Ezam menghantar mesej bahawa kemasukannya adalah untuk membantu mengembalikan UMNO sebagai parti tunggal orang Melayu dan menyuntik kembali botox ke dalam UMNO yang sudah mula menampakkan kedutnya.Ezam juga menegaskan tentang perjuangannya untuk membasmi rasuah seperti yang di lakukan beliau semasa bersama PKR dan sesudah kecewa dengan PKR yang di dakwanya sebagai semakin lari dari konsep awal penubuhan, beliau menubuhkan Gerakan Demokrasi Anti Korupsi(GERAK).
Sekarang, beliau kembali kepada UMNO. Sebuah parti yang pernah di tentangnya.Sebuah parti yang pernah beliau sifatkan sebagai penjana rasuah.
Barangkali, Perdana Menteri sudah lupa ugutan “6 kotak dokumen rasmi”kerajaan yang di larikan Ezam semasa era Reformasi dulu.
Barangkali juga,hari ini Ezam kembali mengusung “6 kotak dokumen”tersebut ke Putrajaya dan mengembalikannya kepada Perdana Menteri.
Lantaran keterbukaan Perdana Menteri menerima dengan mudah kemasukan semula Ezam ke dalam UMNO, beberapa pemimpin kanan UMNO mula mempertikaikan kewajaran tindakan Perdana Menteri.Mereka mempertikaikan kenapa kemasukan sang penderhaka ini tidak di bincangkan dengan anggota Majlis Tertinggi UMNO,sedangkan Ezam mempunyi sejarah hitam yang maha pekat.
Saya juga berasakan kemasukan penderhaka ini perlu di kaji terlebih dulu, terutamanya jika melibatkan individu yang pernah mengotorkan nama negara di negara luar.Majlis Tertinggi UMNO seharusnya juga bermesyuarah dan mencari kata putus berdasarkan amalan demokrasi bukannya dengan menggunakan pendekatan “wang kasi, kopi kasi” dan dengan mudah si penderhaka tadi di jemput masuk dengan penuh adat dan tradisi, di war-warkan bahawa pejuang sejati sudah kembali.
Aduhhh…..UMNO sudah 62 tahun, sudah mampu berfikir dan mencanai ilmu mengenal diri.Tapi dek kesombongan sesetengah pemimpin yang masih merasakan bahawa mereka kebal dan mendapat sokongan majoriti maka ilmu demokrasi dan diplomasi terus di anak tirikan.
Hasilnya, sesiapa yang lantang mengkritik dan menyanggah akan di katakan sebagai penentang dan duri dalam daging sedangkan penghasut dan pak turut pula di sifatkan sebagai taat kepada parti, walaupun ketaatan secara membuta tuli pernah memakan diri.Lihatlah pada Melaka 1515….

June 03, 2008

Cuti-cuti...banyak pesona

Dari atas ke bawah : The Early Years-Dr.Mahathir Mohammad, Kemelut Politik Melayu-Mustafa Mohamed, Dilema Melayu-Mahathir bin Mohamad, Menjajat Asia Tenggara-Karim Raslam, Mahathir Dalam Dilema Melayu

Sabtu - 31hb May 2008
Saya dan isteri pulang ke kampung di Kuala Selangor dan petangnya bergegas ke pekan Tanjung Karang mencari bahan untuk persiapan kenduri kesyukuran yang di rancang untuk Syaamil sempena menyambut ulangtahun pertama kelahirannya.

Sehingga ke malam, bonet kereta kecil kami padat dengan segala macam barangan.Tersengguk-sengguk di buatnya kereta kecil ini merangkak pulang ke Kg.Kuantan, Kuala Selangor.

Ahad - 01hb Jun 2008
Paginya, kaum keluarga mula sibuk memasak di dapur dan saya seperti selalu akan menghabiskan beberapa helai muka surat buku yang sengaja di bawa dari rumah untuk menjadi teman di pondok kecil di tepi sungai, belakang rumah mentua saya. Asalnya, pondok itu di jadikan hentian bagi pemancing yang menyewa bot dari abang ipar saya untuk aktiviti memancing udang tetapi sejak kebelakangan ini jarang sekali pemancing yang datang kerana udang galah sepit biru sudah merajuk dan pondok kecil yang beratapkan rumbia itu akan lengang dan sunyi.
Hampir jam 11:00 pagi, sudah ramai tetamu terutamanya saudara sebelah isteri bertandang.
Syukur, semua hidangan habis licin sehinggakan kami sekeluarga terpaksa memasak makanan lain untuk makan malam.
Menjelang malam, saya dan isteri kembali mengemas beg pakaian dan memandu pulang ke Subang dan sampai di rumah hampir jam 09:30 malam.
Selesai menonton CSI (New York) mata mula kantuk dan perlahan-lahan saya tenggelam dalam keletihan.

Isnin - 02hb Jun 2008
Penat dan letih yang menjalar di setiap urat dalam tubuh telah membuatkan saya tidur dengan nyenyak sekali sehinggakan Subuh berlalu begitu saja.
Sedar-sedar sudah jam 11 pagi dan Syaamil mula merangkak memanjat katil yang separas lutut bertopangkan kerusi kecil.
Kepala masih lagi berdenyut-denyut. Kesan dari tidur yang panjang. Sungguh, saya melanggar pantang abah dan inilah akibatnya (abah melarang sama sekali bangun tidur lebih dari jam 10:00 pagi).Mujurlah hari hari ini saya masih lagi bercuti, seandainya saya bekerja dengan keadaan kepala yang masih berdenyut begini selalunya saya mudah “menyengat”.
Selesai mandi dan bersarapan lalu menelan 2 biji Panadol saya membelek-belek akhbar Sinar Harian.Berita yang sama juga.
Pemimpin negara masih lagi bertelagah mencari ruang untuk menghentam sesama sendiri tanpa mempedulikan nasib rakyat yang terkontang kanting meminta di tengok-tengokkan harga barangan keperluan yang mula naik.
Ada juga cerita Menteri Belia dan Sukan di sertai Menteri Pelancongan yang menyarankan agar Datuk Mokhzani melepaskan jawatan selaku Pengerusi SIC dengan alasan jawatan sebagai Pengerusi SIC adalah lantikan kerajaan.
Untuk berita sensasi ini, saya ketawa sendirian sambil isteri menjeling-jeling kehairanan.
“Ni, pi habaq kat menteri-menteri tu suruh p check semua kakitangan kerajaan.Tanya tengok staff depa semua sokong parti mana.Kot-kot ada yang kerja dengan kerajaan tapi sokong pembangkang, depa yang sokong pembangkang tu kena resign pasal depa kerja dengan kerajaan”.
“Kenapa” Isteri yang mulanya terlopong mula bersuara.
“Ya lah, kalau tak sokong kerajaan tak boleh kerja dengan kerajaan.Jabatan kerajaan hanya untuk orang yang sokong kerajaan saja, ni dalam surat khabar habaq macam tu”saya menunjukkan surat khabar tersebut pada isteri.
Dia sambut dengan senyuman.Saya faham dan dia juga memahami saya.
“Dah ler tu, jom pergi jalan-jalan kat Alam Sentral, nak beli kasut”.Ajakan isteri itu saya matikan dengan menjuih mulut ke arah longgokan buku perihal Tun Dr.Mahathir yang belum selesai di baca.
“Malam nanti kita p, la ni nak baca buku sikit, esok p kerja boleh ajak Mr.Rafi bertekak” dan seperti selalu saya akan segera melangkah masuk ke “mini library”, menghempaskan badan ke atas sofa warna coklat yang menenggelamkan hampir separuh dari punggung saya.Kipas angin di pusatkan kepada kelajuan 3 dan rokok pun mula mencumbui bibir.
Saya kembali hanyut sambil merungkai sendiri kemelut politik dunia Melayu.....


Nak tahu lebih lagi, click http://www.malaysiakini.com/news/83737
Buku yang di bawa pulang ke kampung, akhirnya masih berbaki untuk di baca.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...