June 04, 2008

Ezam dan UMNO


Setelah lama berdiam dari bercakap dan bercerita tentang “susunan”politik Malaysia akhirnya saya tercuit untuk kembali menghantar fakta yang perlu digeluti dan digaul agar kita lebih menjadi manusia yang bersifat terbuka, menerima dan memberi.
Kemasukan semula saudara Mohamad Ezam Mohd Noor ke dalam UMNO lalu di bukakan pintu yang seluasnya oleh Perdana Menteri telah benar-benar mencuit jiwa saya.
Eloklah jika di katakan bahawa kemasukan Ezam ini tidak lebih dari kepulangan sang perderhaka yang di sambut dengan kompang dan rebana tetapi pemergian si pejuang di hantar dengan maki hamun dan sumpah seranah.
Ezam kembali ke dalam UMNO setelah Tun Mahathir melangkah meninggalkan UMNO lalu Ezam menghantar mesej bahawa kemasukannya adalah untuk membantu mengembalikan UMNO sebagai parti tunggal orang Melayu dan menyuntik kembali botox ke dalam UMNO yang sudah mula menampakkan kedutnya.Ezam juga menegaskan tentang perjuangannya untuk membasmi rasuah seperti yang di lakukan beliau semasa bersama PKR dan sesudah kecewa dengan PKR yang di dakwanya sebagai semakin lari dari konsep awal penubuhan, beliau menubuhkan Gerakan Demokrasi Anti Korupsi(GERAK).
Sekarang, beliau kembali kepada UMNO. Sebuah parti yang pernah di tentangnya.Sebuah parti yang pernah beliau sifatkan sebagai penjana rasuah.
Barangkali, Perdana Menteri sudah lupa ugutan “6 kotak dokumen rasmi”kerajaan yang di larikan Ezam semasa era Reformasi dulu.
Barangkali juga,hari ini Ezam kembali mengusung “6 kotak dokumen”tersebut ke Putrajaya dan mengembalikannya kepada Perdana Menteri.
Lantaran keterbukaan Perdana Menteri menerima dengan mudah kemasukan semula Ezam ke dalam UMNO, beberapa pemimpin kanan UMNO mula mempertikaikan kewajaran tindakan Perdana Menteri.Mereka mempertikaikan kenapa kemasukan sang penderhaka ini tidak di bincangkan dengan anggota Majlis Tertinggi UMNO,sedangkan Ezam mempunyi sejarah hitam yang maha pekat.
Saya juga berasakan kemasukan penderhaka ini perlu di kaji terlebih dulu, terutamanya jika melibatkan individu yang pernah mengotorkan nama negara di negara luar.Majlis Tertinggi UMNO seharusnya juga bermesyuarah dan mencari kata putus berdasarkan amalan demokrasi bukannya dengan menggunakan pendekatan “wang kasi, kopi kasi” dan dengan mudah si penderhaka tadi di jemput masuk dengan penuh adat dan tradisi, di war-warkan bahawa pejuang sejati sudah kembali.
Aduhhh…..UMNO sudah 62 tahun, sudah mampu berfikir dan mencanai ilmu mengenal diri.Tapi dek kesombongan sesetengah pemimpin yang masih merasakan bahawa mereka kebal dan mendapat sokongan majoriti maka ilmu demokrasi dan diplomasi terus di anak tirikan.
Hasilnya, sesiapa yang lantang mengkritik dan menyanggah akan di katakan sebagai penentang dan duri dalam daging sedangkan penghasut dan pak turut pula di sifatkan sebagai taat kepada parti, walaupun ketaatan secara membuta tuli pernah memakan diri.Lihatlah pada Melaka 1515….

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...