February 28, 2010

Al-Fatihah untuk Syafia Humairah


“Dia tendang budak itu macam bola dan langsung tak pedulikan jeritan orang ramai yang melarangnya,” kata Ahmad Fikri Khalis, 19, yang menyaksikan Syafia Humairah Sahari, 3, dibelasah sehingga mati di padang bola sepak di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini, petang kelmarin." baca di sini
Syafia di dera secara total oleh manusia yang bukan selayaknya di panggil manusia.Jika haiwan pun sayangkan anaknya, maka apakah jenis gelaran yang boleh di campakkan pada lelaki yang mendera Syafia?
Si pembunuh bukan haiwan, jauh sekali manusia,makanya siapakah dia?
Syaitan?
Jin?
Iblis?
Dia teman lelaki kepada ibu Syafia dan dalam waktu yang sama, masih sah sebagai isteri kepada bapa kandung Syafia.
Ibu Syafia meraung, menangis, sekejap pengsan, sekejap sedar dan merayu simpati.
Mudah.
Ahhh....aku menyampah!!!!!!!!!!!!

Sedih, pilu, sepi, marah, geram dan semua cantuman perasaan ini berbekam, menjunam laju menusuki ruang-ruang hati.Kelopak mata sengaja di kelipkan berkali-kali,mengelak dari takungan yang di empang membasahi pipi.Isteri beberapa kali mengesat mata,dia benar-benar sayu,sejak dari siaran berita tengahari tadi.Kisah sedih Syafia Humairah merentap kegembiraan pulang ke kampung
Ketika siaran Buletin Utama memutar cerita anak malang Syafia Humairah, saya merenung mata Syaamil yang terkatup rapat, terlena di samping saya setelah seharian galak bermain.
Dunia Syafia mungkin tidak seindah dunia Syaamil tapi dia anak istimewa. Syafia di kembalikan kepadaNya dalam usia yang masih teramat muda,setelah 3 tahun mengecapi indah bumi Allah ini. Deritanya terhenti.
Doakan dia....
Doakan juga ibunya di ampuniNya.
Lelaki itu? Persetan dia!!!!

February 27, 2010

Lawak ke?

"Nak gelak pecah perut, guling-guling sampai tersemput, tengok rancangan Raja Lawak ler ". Kiriman SMS dari Man Terengganu kepada saya ketika minggu pertama rancangan realiti Raja Lawak musim ke 4 di Astro Prima. Kebetulan agaknya, saya masih lagi menyimpan sms tersebut walaupun rancangan Raja Lawak sudah makin hampir ke penghujung.
" Anak aku kata juri yang rambut serabai dengan balung ayam tu kurang ajar le Man", jawab saya ketika para pelawak tersengeh di puji di kutuk oleh barisan juri pada minggu ke 8.
Selang dua minit selepas itu, Man kembali menjawab SMS dari saya.
" Aku *ndwy dari Dengkil, tak tengok pun.Apasal Syaamil cakap macam tu?"
Saya tidak menjawab sehingga kini soalan dari Man. Kebimbangan saya terhadap pengaruh selebriti/artis kepada pembangunan minda anak saya mula berlegar. Merungkai persoalan ini, anda boleh menonton kembali rancangan Raja Lawak musim ke 4, minggu ke 8  yang sering di ulang tayang di Astro Prima.Anda tengok, anda nilai.
Peserta memang lawak.
Juri?
Ada akal, fikir sendiri.

Nota :
*ndwy = On the way

February 07, 2010

Serkap


Akhir-akhir ini, serkap bukan hanya di gunakan untuk menangkap ikan tetapi sudah di gunakan di dunia penulisan hingga menggugat bidang kehakiman.Bidang kehakiman tidak lagi di perlukan.
Apa yang di perlukan hanyalah dua kumpulan manusia yang saling bermusuhan kerana mempunyai fahaman yang tidak sealiran.Masing-masing akan melemparkan cerita,kata mengata yang di selangi dengan penghinaan.
Sumber maklumat dan bukti?
Letak tepi.Cuma sediakan perasaan buruk sangka,memadai.
Tidak perlu lagi untuk membuang masa mencari bukti, boleh 'serkap'saja.Modal sang pencerita amat mudah, cuma gunakan teknik andaian dan tuliskan dengan semangat kemarahan yang maha tinggi, lontarkan dalam nada-nada kebencian. Pong-pang-pong-pang, bla,bla,blaaaa...."dia bersalah".Maka, si pembaca yang malas mencari sumber, harus percaya-sampai mati akan percaya-"dia bersalah ".Cerita pong-pang-pong-pang dengan menggunakan teknik 'serkap' akan di wariskan pada sebilangan manusia lain yang juga malas membaca hingga bercambah dan subur membuta.

*Tidak ada ruginya kita bersangka baik.Tetapi memaki hamun dan berburuk sangka sudah semestinya tidak membuahkan pahala dan kebajikan.



February 02, 2010

Suara dan Perasaan


Suara itu bergetar lagi, berterabur dan pecah pada hujungnya.Tersangkut-sangkut.Di luahkan juga walau hanya yang mendengar cuma diri sendiri.
Suara dan perasaan itu akan terus bergolak.Resah, gusar, damai, bahagia, tenang, kacau, gila, suka, duka.
Suara dan perasaan itu selalunya akan berdamai,tenang bila zarah-zarah yang membentuk jasad bergumpal dalam darah dan daging dan tulang temulang.
Suara dan perasaan itu juga selalunya akan di sambut dan di ucapkan oleh mereka yang mengerti.Mereka, pada kebiasaannya-sejak tahun-tahun kebelakangan ini- akan menghantar berduyun-duyun kiriman tanda mengingati dan kiriman itu tadi akan di susun, lalu di kenang-kenang lagi.
"Ahhh, usah peduli, tahun depan tentu akan datang lagi.Setiap tahun, hingga akhirnya hilang nyawa."
Suara dan perasaan itu sentiasa memberi erti dan memberi warna yang lebih mendalam untuk di fahami dan yang paling utama, suara itu selalunya menghantar mesej bahawa "Dia masih mahu kau berbakti dan mencari.Semua perlakuan yang di aturNya adalah perjalanan yang indah bila di kenang dan perjalanan itu nanti tidak akan dapat di ulang lagi."
Suara dan perasaan itu bergetar pada tanggal 3-Februari untuk kali ke tiga puluh tiga dalam diri lelaki ini....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...