February 02, 2010

Suara dan Perasaan


Suara itu bergetar lagi, berterabur dan pecah pada hujungnya.Tersangkut-sangkut.Di luahkan juga walau hanya yang mendengar cuma diri sendiri.
Suara dan perasaan itu akan terus bergolak.Resah, gusar, damai, bahagia, tenang, kacau, gila, suka, duka.
Suara dan perasaan itu selalunya akan berdamai,tenang bila zarah-zarah yang membentuk jasad bergumpal dalam darah dan daging dan tulang temulang.
Suara dan perasaan itu juga selalunya akan di sambut dan di ucapkan oleh mereka yang mengerti.Mereka, pada kebiasaannya-sejak tahun-tahun kebelakangan ini- akan menghantar berduyun-duyun kiriman tanda mengingati dan kiriman itu tadi akan di susun, lalu di kenang-kenang lagi.
"Ahhh, usah peduli, tahun depan tentu akan datang lagi.Setiap tahun, hingga akhirnya hilang nyawa."
Suara dan perasaan itu sentiasa memberi erti dan memberi warna yang lebih mendalam untuk di fahami dan yang paling utama, suara itu selalunya menghantar mesej bahawa "Dia masih mahu kau berbakti dan mencari.Semua perlakuan yang di aturNya adalah perjalanan yang indah bila di kenang dan perjalanan itu nanti tidak akan dapat di ulang lagi."
Suara dan perasaan itu bergetar pada tanggal 3-Februari untuk kali ke tiga puluh tiga dalam diri lelaki ini....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...