March 24, 2009

Jangan Tuduh Lagi.....

Suara dari Dinding Dewan

"Bahasamu suara resah dan batin rimba
berkali diyakinkan wira bangsa.
Kebingungan empat dekad merdeka."

"Empat dekad bahtera bangga
anak cucu wajar menduga
mereka khusyuk atas sejadah
depan al-Quran mereka bertanya:
Buah ranum pada tangkai
bahasa gugur dari hati -
sekali janji, sekali nafi;
sekali pancang, sekali pincang,
iktibar apakah semua ini?"
A. Samad Said
23-25 Mei, 20-22 Jun 1996.


Menjawab beberapa tuduhan melulu dan pendek akal beberapa kumpulan dan individu yang menuduh Datuk Dr.SN A.Samad Said(Pak Samad) di gunakan pihak tertentu demi kepentingan politik,saya sebagai salah seorang yang membesar bersama karya-karya Pak Samad menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa beliau di GUNAKAN dan juga menolak sama sekali tanggapan bahawa beliau telah masuk ke kancah politik.
Perjuangan beliau menentang Dasar PPSMI telah bermula sejak PPSMI di hebahkan lagi, sekitar tahun 2002 sebelum di laksanakan pada 2003.
Susulan dari bantahan itu, beliau menghantar mesej yang jelas , lewat buku Suara Dari Dinding Dewan pada tahun 2003 hasil kesinambungan puisi Suara Dari Dinding Dewan yang di tulis sekitar tahun 1996 dan di terbitkan oleh Dewan Sastera (terbitan DBP) pada Julai 1997.
Cumanya, setelah hampir 5 tahun desakan-desakan secara halus tidak pernah di pedulikan, makanya suatu gesaan yang lebih radikal perlu di anjak dan lahirlah GMP(Gabungan Mansuhkan PPSMI).
Sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan(NGO), GMP menjemput semua individu/pertubuhan untuk sama-sama menentang PPSMI demi anak bangsa(baca : Melayu) dan juga demi menegakkan Artikel 152 ; Perlembagaan Malaysia.
Keterlibatan PAS dan PKR bukan sesuatu yang di rancang, tetapi "mungkin"keresahan para seniman turut juga di rasai pemimpin parti politik ini.
[Saya katakan "mungkin" di sini kerana saya sendiri tidak tahu apa yang mereka fikirkan dan adalah tidak adil jika saya menuduh.]
Seorang seniman seperti beliau dan juga seniman-seniman yang lainnya, keresahan dunia Melayu banyak di garapkan melalui tulisan dan barangkali kita perlu sekali lagi di ingatkan bahawa "mata pena itu lebih tajam dari mata pedang".
Seniman tulen hanya akan bersuara setelah mereka di desak dengan mentaliti, di perah keresahan mereka melalui kreativiti dan jiwa seniman terlalu halus, tahap sensitiviti mereka juga terlalu mendalam.
Datuk Dr.SN A.Samad Said bukanlah sekeras Pablo Neruda yang mengkritik González Videla sehingga terpaksa bersembunyi dari buruan....
Beliau hanya anak Melayu yang menangis bila bahasa ibunda di anak tirikan.....
Janganlah tuduh lagi...


* Abang Helmy menulis email kepada saya, menerangkan kedudukan perjuangan Pak Samad setelah suara-suara sumbang mula berkompang.
Katanya :
1. Pak Samad sanggup naik pentas UMNO untuk isu ini jika dijemput - ini telah diberitahu kepada Menteri Pelajaran semasa pertemuan mereka tempoh hari.

2. Isu Pak Samad ketawa bersama Pak Menteri adalah selepas perbincangan (Pak Samad usik kerana Pak Menteri sediakan media untuk melaporkan tentang pertemuan itu - ini seakan memberikan satu merit untuk Pak Menteri kerana mahu berbincang dengan Dato Hassan & Pak Samad). Pak Samad tidak pernah dan tidak akan kompromi tentang isu PPSMI ini.

1 comment:

Muhammad Hilmi said...

hmmm...isi ppmsi tu ada betul salahnya. yang betul sebab bahasa ingeris sangat penting untuk melengkapkan rakyat malaysia seiring dengan negara maju yang lain. jepun lain cerita la...

yang salahnya sebab si hisyamudin ikut sangat cakap si mahathir. kita tahu mahathir memang bijak, tapi we must remember that nobody's perfect okay..idea melaksanakan ppmsi sajak darjah satu memang x masuk akal langsung. ni semua idea mahathir la..ingat semua orang adalah 'english speaker' cam dia ker?? kesian adik aku x paham2 blajar sains, padahal pandai je..tp sebab bahasa..kesian. marah pon ada! kami orang kampong...cuba la paham..x adil la. bukan xnk belaja, bahasa melayu pon tunggang tebalik lagi..ni kan bahasa penjajah! kalo wat time form1 okay la...masuk akal=boleh diterima

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...