March 07, 2009
Bahasa Melayu dan Topeng Gas Pemedih Mata
“Cepat, ada rusuhan”,jerit seorang lelaki berkopiah putih,manik halus merenik-renik di mukanya.
“Mana?”Tanya pemuda yang sedang menarik lembunya masuk ke kandang,ketika awan mula mendung.Hujan akan turun bila-bila masa.Dingin sudah semakin terasa.Kampung tersusun di pinggir bandaraya Kola-Kola itu semakin becak jalannya,hujan mencurah hampir setiap petang.Lopak-lopak air jelas mengempang dan anak-anak kecil tak berbaju begitu ghairah setiap kali hujan turun.Mereka akan berpesta hingga terbatuk dan tergigil kesejukan.
“Menuju istana, ramai sekali yang memegang sepanduk”,jawab lelaki berkopiah putih tadi sambil mulutnya muncung ke arah jalan besar menuju istana.
Kandang lembu lelaki tadi betul-betul menghadap jalan besar menuju istana.Di bina dari kayu wakaf dari surau yang di robohkan 6 tahun dulu.
“Malas”,pemuda tadi menjawab sambil menutup pintu kandang lembunya dan empat ekor lembu di dalam kandang itu mendengus-dengus mahu lepas bebas.Sementara 2 ekor yang lainnya sedang galak menjilat ketul garam.
“Errr…”,lelaki berkopiah mengurut-urut janggutnya.
Sambungnya lagi “kau tak sayangkan bahasa Melayu ke?”
“Sayang,itu bahasa ibunda saya”.
“Tapi bahasa Melayu bukan untuk di politikkan”,sambung lelaki tadi sambil bersiul gembira.
"Mana kau nak pergi tu?".Laung lelaki berkopiah setelah melihat budak lelaki tadi melompat melepasi parit,entah ke mana haluannya.
"Nak pergi cari bahasa Melayu...", jawab lelaki tadi antara dengar dan tidak.
"Saya juga belum beli topeng gas pemedih mata”,jeritnya lagi meninggalkan lelaki berkopiah terpinga-pinga.
Abang Helmy,
Saya menulis artikel pendek-Bahasa Melayu dan Gas Pemedih Mata-bukan niat mencerca penyokong dan penggerak anti PPSMI.Saya cuma terasa hati bila isu ini di politikkan.Jerit tangis pejuang bahasa bukan untuk di tangguk ke kantung ahli politik tetapi untuk anak bangsanya.Saya juga terkilan bila melihat-berita jam 8-banyak sekali gas pemedih mata di lepaskan.Bahasa Melayu bukan agenda politik tetapi agenda mengembalikan kekuatan bangsa.
*Saya berada di Kampung Kota Kubang Tedoh,Gunung Keriang,Alor Setar, Kedah(kampung aku!)ketika ribuan penyokong-dan segelintir penyangak-sedang berarak menuju Istana Negara untuk menyerahkan memorandum anti-PPSMI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Jangan cepat menghakimi seseorang itu penyangak....
Perlukah gas pemedih mata dilepaskan.. tak boleh ke mereka menyampaikan memorandum ke istana walaupun bilangan mereka begitu ramai...
Maaf jika ada yang tersentuh dengan perkataan "penyangak".
Saya cuma mengsasarkan perkataan "penyangak"pada mereka yang penyangak.
Dalam perihal gas pemedih mata, kita cuba kembali kepada peristiwa perhimpunan HINDRAF dan BERSIH.
Bubur tidak akan menjadi nasi.
Tetapi, pendekatan gas pemedih mata kali ini saya bantah kerana ianya lebih bersikap "kurang ajar".Sepatutnya, pihak keselamatan boleh menggunakan rundingan secara damai sebelum mengambil pendekatan penggunaan gas pemedih mata yang memeritkan.Apapun, PPSMI perlu DI HAPUSKAN!
Ingat...
DI HAPUSKAN PPSMI!!
Hello bro... wa tgok lu pnya blog ok gak. cuma satu wa nk komen. Kalu bole pic kasi tukarla. x macho la letak pic isap rokok. Nampak macam org yg sgt ego.. Sori ar. Wa ikhlas..
Faizal
Building
MTV
Post a Comment