Menantu dia memang kuat bekerja, itu katanya.
Dia, penentang rasuah, cuba membasmi rasuah hingga ke bulu-bulunya.
Baru-baru ini, menantunya di sabitkan kesalahan dengan politik wang atau lebih mudah di sebut "RASUAH".Tidak kiralah samaada politik wang atau apa juga pengkelasannya,rasuah tetap rasuah.Memberi-menerima, sama sahaja kerana yang salah tetap salah.
Ajaibnya,menantu yang di katakan kuat bekerja tadi tidak di beri sebarang hukuman tetapi seorang yang lain pula, yang turut sama-sama terlibat dengan rasuah di jatuhkan hukum haram dari bertanding merebut jawatan dalam parti politik.
Apa boleh buat, menantunya penerus tradisi keluarga.Sistem monarki perlu di pacakkan dalam parti tertua bangsa Melayu itu.Sama ada rasuah atau apa, menantunya perlu bertanding dan menang,penting untuk keluarga.
Menantu dia memang kuat bekerja, itu katanya....
BACA :
"beliau gembira dengan kemenangan Khairy kerana hakikatnya menantunya itu sudah bekerja keras.
"Kadang-kadang saya pergi tengok cucu, saya tanya Nori (anak Abdullah), mana Khairy, Nori kata dia pergi ke negeri... isterinya kata dia bekerja keras, tiap hari pergi kempen. Saya rasa beliau berhak menang selepas bekerja keras," katanya.
Baca :
"Calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin juga didapati bersalah melanggar peraturan pemilihan parti, tetapi hanya diberi amaran."
Walau bersalah, menantu dia memang kuat bekerja....
3 comments:
bayangan abdullah masih ada apabila telah melepas kan jawatan nya.itu bukan menantu.itu hantu!!!
Sejak kebelakangan ini banyak entri tentang politik ye...
Teguh Perkasa,
Saya tergetar dengan politik Malaysia.Kegetaran ini memuntahkan segala isi yang terperap.
Zairi,
Menantu hantu kot...
Post a Comment