March 23, 2009

MRT

"Di Malaysia kita ada LRT,tetapi di Singapura sudah ada MRT", bicara seorang lelaki separuh usia.
"Di Malaysia pun sudah ada MRT", sanggah lelaki Cina dengan rambut yang bersisir kemas.
"Bila kerajaan buat MRT ?" Soal lelaki separuh usia tadi.
"Bukan kerajaan buat, tetapi kita buat." Jawapan itu membingungkan lelaki separuh usia.
Dia termenung, mendongak melihat langit yang cerah dan sesekali desiran ombak memukul pasir pantai, mengkhayalkan.Keriuhan anak-anak kecil bergelak ketawa sambil mengukir pasir pantai mendamaikan seketika.Sesekali tercari-cari mana letaknya "MRT" Malaysia.
Usah bingung, jawapnya.....
M = Malaysia
R = Rubber
T = Time
"Malaysia Rubber Time"

Kebanyakkan rakyat Malaysia(termasuk saya!) boleh menanjalkan waktu seperti keanjalan getah, walaupun sebenarnya waktu sesuatu yang tak ternilai....


* Port Dickson banyak mengajar erti waktu, erti kawan dan erti kesabaran.Terima kasih pada karang yang mencalarkan kulit kaki dan simbahan panas yang memeningkan kepala.

1 comment:

Tuan Tanah said...

Ni aku marah ni, pergi holiday tak bawa aku!
Ala, lupa le pula, lu sudah kahwin yer bro, mesti pergi dengan family, mana nak bawa orang bujang macam aku lagi.
Hahahaha...tahun depan kita p Sabah, nak?
Jamming dalam hutan,ok bro?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...