June 04, 2008

Petrol


"Harga petrol naik , baru di umumkan tadi". SMS dari isteri ketika saya masihlagi sibuk di pejabat petang tadi(04-June-2008)."Ok...le tu, Pak Lah kan pemimpin yang berjiwa rakyat. Segala masalah negara dan dunia wajib di kongsi bersama rakyat". Balas saya pada isteri sambil mencari-cari kemana hilangnya Mr.Rafi untuk di khabarkan berita gembira ini.Akhirnya, harga petrol naik lagi, walaupun Datuk Shahrir Samad baru saja memberi kenyataan yang sedikit melegakan,berkemungkinan harga petrol di jangka naik pada bulan Ogos, tetapi seperti selalu Pak Lah penuh dengan kejutan.
Pengumuman yang di buat Pak Lah sedikit sebanyak meyakinkan saya yang Pak Lah masih lagi belum insaf dengan kejutan gelombang 30 sen yang membaham lima negeri dan mengoyakkan kekuasan BN pada PRU 12 pada bulan Mac lalu.Seperti yang di katakan beliau dalam sidang akhbar sejurus selepas pengumuman penuh bermakna dan dengan ekspresi yang beremosi itu, antara sebab utama kenaikkan harga petrol terpaksa di lakukan adalah untuk mengimbangi kenaikan ketara harga pasaran minyak dunia yang semakin meninggi.Hakikat ini terasa berat untuk di terima, tambahan pula kenaikan harga petrol akan menyeret bersama kenaikan harga barangan keperluan lainnya,hatta harga semangkuk cendol pun akan turut naik.Dan alasan yang sedikit popular adalah kerana kerajaan sudah tidak berkemampuan menanggung subsidi minyak dan secara langsungnya kenaikkan harga petrol kali ini akan membuatkan tabung kewangan kerajaan mengalami penjimatan sebanyak RM13 billion setahun.Persoalannya....kemana agaknya RM13 billion itu nanti akan mengalir?Rakyat tiada jawapan,kerana yang menguruskannya adalah pak-pak menteri yang maha adil dan maha jujur itu.
Kita semua rasanya telah belajar kesan-kesan dari kenaikan harga petrol dan kesannya masih lagi melekat kukuh,bukannya kurap yang boleh di ubati dengan akar gelenggang tapi parut yang berbekas ke akhir hayat. Kehidupan yang sedia sempit kini di rasakan semakin menghimpit dan rakyat akan berterusan di sogokkan dengan kata-kata nasihat dari pak-pak menteri supaya berjimat dan memahami masalah yang sedang di hadapi kerajaan walaupun kurang benar pak-pak menteri yang memahami masalah rakyat.Apa lagi yang perlu kita jimatkan yer??Cadangan supaya rakyat mengubah cara hidup juga di lihat hambar.Apa yang perlu di ubah?
Teringat pada perbualan dengan seorang rakan, sewaktu isu harga beras mengisi dada akhbar.
Katanya "tanam pokok ubi, beralih dari menjadikan nasi sebagai makanan utama kepada menggunakan ubi sebagai sajian seisi keluarga lepas itu, elok juga kerajaan anjurkan pula pertandingan kentut terkuat akibat tabiat memakan ubi."
Wahai pemimpin yang adil lagi bijaksana, ada baiknya kalian semua renungkan kata-kata hikmat yang di ceduk dari ilham Pak Samad Said dalam novel Daerah Zeni ini.Katanya "kehidupan ini amat pendek dan akan menjadi lebih pendek lagi jika seseorang tidak mencurahkan erti ke dalamnya".Sekarang....lu pikir le sendiri!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...