Selalunya kita akan mengatakan Amerika Syarikat itu negara tak bermaruah.Begitu juga pemimpinnya yang kita katakan zalim dan keji.Saya juga berkata dan berfikiran begitu.Tetapi, barangkali kita terlupa kepada sikap keterbukaan ahli politik Amerika.Mereka boleh menerima kekalahan dan mengakui kekalahan itu berpunca dari diri mereka sendiri, bukannya salah siapa-siapa.Dalam soal ini, saya secara peribadinya amat menghormati John McCain yang menyifatkan kekalahannya kepada Obama adalah kegagalan beliau, bukannya kegagalan parti dan pengikut beliau, juga bukan kesalahan Obama itu sendiri.Kata McCain :
“We fought — we fought as hard as we could. And though we feel short, the failure is mine, not yours.
Beliau malah menyeru kepada penyokongnya untuk sama-sama membantu Obama membangunkan Amerika.Dalam ucapannya sejurus menerima kekalahan kepada puluhan ribu penyokong Parti Republikan, antara lain beliau berkata :
“I urge all Americans ... I urge all Americans who supported me to join me in not just congratulating him, but offering our next president our good will and earnest effort to find ways to come together to find the necessary compromises to bridge our differences and help restore our prosperity, defend our security in a dangerous world, and leave our children and grandchildren a stronger, better country than we inherited.
Whatever our differences, we are fellow Americans. And please believe me when I say no association has ever meant more to me than that. It is natural. It's natural, tonight, to feel some disappointment. But tomorrow, we must move beyond it and work together to get our country moving again.” (ucapan penuh)
Bagaimana dengan ahli politik Malaysia?
Jika kalah, mereka akan berkata begini ;
“Kekalahan ini berpunca dari agenda mereka yang jahat dan penuh dengan tipu daya”.
Setelah itu berkemungkinan akan berkata begini ;
“Kita akan memastikan kerusi yang terlepas itu di kembalikan dengan apa cara sekalipun”.Setelah itu, bermulalah drama selak menyelak dan bergelumang untuk menjatuhkan satu sama lain.
Mudahnya, ahli politik Malaysia penuh dengan kebusukan dan kerendahan moral yang melampau.Mereka bukan pejuang, tetapi mereka ahli politik.
Tulisan ini bukanlah berhasrat untuk mencaci sesiapa, tetapi lebih kepada ketidakpuasan hati saya sendiri dalam melihat suasana politik mutakhir ini yang lebih menjurus kepada sifat kejahilan.Kebanyakkan ahli politik kini sudah tidak mempedulikan rakyat memilih, masing-masing berusaha untuk mengukuhkan kedudukan dan ada juga yang berusaha untuk menjatuhkan lawan sedangkan rakyat terpinga-pinga menongkah arus ekonomi yang memeritkan.Agenda pembangunan kian di lupakan dek ketaksuban politik.Politik tidak harus begitu-busuk- tetapi sifat manusia yang di jadikan pemimpin itu yang merosakkan politik.Politik juga sebagai wadah perjuangan untuk agama,negara dan bangsa tetapi berapa orangkah ahli politik Malaysia yang berfikiran begitu?
Di bandingkan dengan Amerika Syarikat yang akan menyambut
ulang tahun kemerdekaannya buat kali ke 234 pada 4 Julai 2009 nanti,
Malaysia seakan baru bermula.Begitu juga negara Itali yang sudah
terbentuk sejak 148 tahun lalu.India juga sudah 61 tahun bebas dari
cengkaman British.Dan 51 tahun itu terlalu baru jika berdasarkan
sejarah kemerdekaan negara bangsa yang lain, tetapi 51 tahun juga belum tentu menjanjikan keharmonian kepada rakyat jika ahli politiknya terlalu asyik berpolitik.
Kejikah ahli politik Malaysia?
3 comments:
Politik tu politik... yang menjadikannya keji ialah orang yang berpolitik.... Berpolik untuk mengaut kesenangan sendiri bukannya berpolitik untuk ugama, bangsa dan negara....
Dukacita dimaklumkan bahawa Presiden Keluarga Tok Naidin telah kembali ke Rahmatullah. Lihat blog saya.
Marah ayah hang nanti kalau cakap politik kotor...kah!kah!kah!
Aku respect kat hang ler, walau family kuat politik tapi hang tetap lawan arus.
Bagus Rock, kita pakat2 cari kebenaran.Itu bukan durhaka, tapi kebenaran.
Yang benar tetap benar,kan?
Post a Comment