Minggu lepas, saya terlantar lemah 2 hari.Suhu badan berada pada paras tinggi.Tekak pula begitu perit dan pedih.Mencuba untuk menjamah nasi, tetapi gagal menelan, tekak begitu terseksa peritnya.Saya mengalami radang tonsil yang serius dan selalunya di susuli dengan demam yang teruk.Kerapkali juga di nasihatkan doktor untuk menjalani pembedahan dan di nasihatkan juga untuk berhenti merokok. Tetapi kedegilan saya sering menewaskan nasihat doktor.
Setelah beberapa kali di pujuk isteri, saya mengalah dan segera ke klinik.
Hari itu, tuan doktor yang berjanggut sejemput dan berkumis nipis menasihati saya dengan lembut,katanya "Encik, minggu depan sila datang untuk confirm tarikh "dissection".
Jawap saya, "Doktor, saya sekarang sibuk sangat".
Doktor tadi mengangguk-angguk. Katanya ,"penyakit tak pernah sibuk encik...."
Dan denyut pedih tonsil kian kencang, turut menggoncang sekotak Lucky Strike di dalam poket baju.....
Meminjam kata-kata Ross Cooper," The only way to change our lives is by changing our minds."
Emmmm...nanti saya fikirkan untuk berubah....
1 comment:
Tuan Shahrul,
saya perokok juga dan amat susah untuk berhenti. Pelbagai cara yang telah saya lakukan - tapi gagal.
Saya sedar berhenti rokok ini memerlukan kekuatan minda. Merokok juga merupakan satu tabiat. Ubat-ubatan boleh saja menghilangkan rasa "gian" itu, tetapi kekuatan minda perlu untuk melupakan tabiat itu.
Saya doakan saudara mampu melakukannya. Dan moga saudara juga doakan yang sama untuk saya.
Post a Comment