May 19, 2009

SEMUA SAMA SAJA.....

Saya di besarkan di dalam sebuah keluarga yang mempunyai teras politik UMNO yang kukuh.Permulaan untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara sentiasa menjadi perbualan harian yang tolong menginsafkan saya keperitan bangsa Melayu untuk menjadi bangsa yang di hormati.Liku-liku politik yang saya kutip dan jadikan pengalaman awal banyak mengajar saya apa itu pengorbanan dan apa itu erti "terima kasih".
Pada suatu sisi yang berbeda, ianya meransang jiwa muda saya.Ketaksuban pada seseorang ahli politik juga cukup menebal, mencantas ketaksuban pada intipati perjuangan parti politik itu sendiri.Kadang-kala, tidak berganjak sedikitpun, walaupun di dapati ahli politik bersikap menduakan parti yang di wakilinya.Waktu itu, ahli politik lebih penting dari parti politik.
Sesudah terumbang ambing di antara ahli politik dan parti politik, setelah agak lama terbuai dan hanyut dengan tafsiran sempit, saya mula mengesani suatu ruang yang agak kabur sebelumnya. Wajah hodoh yang di sembunyikan di sebalik topeng keindahan, suara merdu yang di laungkan dari rongga penuh kahak.Sesekali, ianya menjelikkan.
Menyedari bahawa politik sudah semakin hilang moralitinya, saya mengambil jalan pintas dengan tidak lagi menyokong mana-mana parti politik dan mula menerapkan ke dalam jiwa saya bahawa saya akan menyokong mana-mana politik yang memberi keutamaan pada agama, bangsa dan negara saya.Yang penting, kemakmuran negara sama-sama di rasai dan di kongsi.
Kira-kira sebulan yang lalu, saya mengingatkan pada seorang rakan yang agak lama menetap di Kanada tentang cuaca politik Malaysia sekarang.Saya katakan pada beliau bahawa politik Malaysia umpama menonton wayang kulit.. Saya terangkan padanya bahawa cerita wayang kulit yang banyak cerita ranting telah dikembangkan sebagai pertambahan atau pelanjutan untuk hikayat Ramayana, termasuk penambahan motif-motif daripada roman kesateriaan Panji Jawa, peningkatan watak-watak yang kurang penting menjadi watak-watak yang utama, atau perekaan watak-watak yang baru.Dia mengangguk tanda faham-atau masih kabur- tentang apa yang sedang berlaku kepada budaya politik di Malaysia sekitar awal abad 21 ini.
Sebagai balasan tentang kefahaman saya tadi, rakan saya tadi menulis email yang ringkas kepada saya kira-kira 2 minggu lalu, ketika politik di Perak masih lagi terkontang kanting.Dia menulis :-

Bila berhujah, katanya "KAMI PEMBELA RAKYAT!".Tapi.......
Lu maki dia, dia maki lu.Lu maki lagi dia, dia lagi maki lu.Lu maki lagi, dia maki lagi.
Lu sama dia...sama-sama maki.
Lu naik, dia turun.Dia naik, lu turun.Lu naik lagi, dia turun lagi.
Lu panjat, dia tarik.Dia panjat, lu tarik.Lu lagi panjat, dia lagi tarik.
Lu saman dia, dia saman lu.Lu saman lagi dia.Dia lagi saman lu.Lu saman lagi, dia saman lagi.
Asyik maki, asyik naik turun, asyik panjat tarik,asyik saman menyaman....apa nak jadi?Bila nak selesai?

Lu cakap "PEMBELA RAKYAT!", tapi lu bela siapa?
Rakyat?
Poket?
Maruah?
Agama?


Saya tolong jawab...
Bila ahli politik terlalu galak berpolitik, rakyat ternganga...
Makanya...
baik BN,PAS,KEADILAN dan DAP...
semua SAMA SAJA!

4 comments:

hanbali said...

salam bro...wa pun dari kg teduh gak...x perasanlah lu yang mana...leh intro lebih sikit dak?letak gambar besar2 sikit bro..

Shahrulrock said...

Hanbali,
Saya bersekolah di Sek.Keb.Kubang Tedoh seawal tahun'84 sehingga tahun'89 sebelum ke Sek.Men.Seri Gunung pada tahun'90 dan meneruskan pembelajaran ke Sek.Men Jitra tahun'93.
Keluarga saya masih menetap di Kg.Kota Kubang Tedoh.Rumah kami berhadapan rumah Hj.Seman(madrasah Syukri).....
Sahabat baik saya,Rahim(Along)sekarang menetap di Shah Alam, Pudin masih di kg,D Halim berkeluarga di Tanah Merah,Mat Zan yang menetap dengan keluarga mentua di Alor Setar, Mat Cina juga kembali menetap di kg.
Untuk gambar saya yang lebih jelas, boleh lihat di http://kampungkuantan.blogspot.com

Anonymous said...

Aku gelak..kah!kah!Kah!Kah!(38X)
Aku dah pesan jgn layan poltk, lu degil!
Lu mmg degil le Rock.
10 kali ckp pn,poltk mmg utk manusia dungu.Orng mcm kita ni bila musm mgundi je baru kena ambil tau.Poltician smua tu pnyamun kecuali Mahathir.Kah!Kah!Kah!.
Apa?Lu marah aku ckp Mahathir bagus.Dia mmg bagus pa,klu tak bagus mmg aku tak merasa salji kt negara omputih.Klu dia tak bagus mayb aku cuma kenal buku 555.
Tp bagus juga lu layan,kurang2 aku ada kawan nak ajak btekak bab poltik.Layan lgi dan lgi(76X)

Unknown said...

Salam.

Saya layan bila tiba waktu pangkah. Saya belajar kat sekolah, kalau pangkah itu salah! Tapi tidak bila mengundi! Bukahkah itu menyatakan segalanya tentang politik?

Apapun akhir ini saya pangkah calon yang saya nilai "boleh pakai" dan bukan mengenai parti lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...