July 15, 2009
Sibuk...
Isteri pernah bersuara ketika sama-sama menikmati “Char Kow Teow” di TTDI Shah Alam pada satu petang di hujung minggu.
“ Abang keluar rumah jam 6:30 pagi, balik jam 7:00 petang.Lepas Isyak kembali ke tempat kerja, pulang semula jam 12:00 malam.” Terhenti sebentar bicaranya bila seorang wanita tua menyapa kami sambil tangan kanannya menghulur sebungkus keropok ikan parang.Isteri menolak dengan senyuman.
“ Sampai bila nak kerja macam ni, usia makin meningkat, badan makin lemah. Sabtu pula,jarang-jarang ada di rumah,asyik sangat dengan kerja”.Dia merenung muka saya dengan kedutan yang penuh tanda tanya.
Saya membisu,menghembus asap rokok dan mendongak-dongak melihat awan yang mula pekat.Persoalan itu terhenti di situ dan tidak pernah saya jawap sehingga kini.
Saya sebenarnya masih terkial mencari ruang senggang, ruang yang agak selesa untuk saya berehat dan menenangkan diri, setelah agak lama tersantak mengejar jejeran kerja yang tidak pernah surut.Tidak langsung surut, mudah di sebut begitu.
Mencongak beberapa tugasan yang hampir siap dan menunggu tugasan lain , mungkin hingga November saya akan tersadai di bangku kerja menghadap skrin komputer dan berperang dengan “dateline” yang sentiasa sahaja di rasakan singkat. Otak sering kali penat dan selalunya di turuti dengan tubuh yang mendadak naik turun julat kesihatannya.Baru sembuh dari tonsil yang membengkak, di susuli pula selsema yang mencanak datangnya.Masih juga gagahi ke tempat kerja, kerana masih berhutang dengan tugasan yang perlu segera di langsaikan.Kata-kata perangsang dari Encik Rafi yang sentiasa tersemat kukuh, “setiap kerja perlu ikhlas." Seikhlas manakah saya bekerja? Entah…hanya Dia yang tahu segala sesuatu yang berpadu dalam jiwa saya.
Hati pula mudah terseliuh bila terkenangkan bicara isteri yang semakin risau dengan kesibukan saya ,barangkali juga dia kecewa dengan ketaksuban saya pada kerja.
Bahagiakah mereka? Entah…saya sudah berusaha membahagiakan mereka dengan segenap upaya dan sentiasa saya manfaatkan ruang yang semakin kecil ini dengan kasih sayang yang tidak pernah lekang dari tangkai hati.
Seperti kata-kata NorziatiMR “Saya perlu berubah, harus berubah. Saya tidak sibuk, tetapi punya kerja yang perlu di selesaikan dengan tenang. Bolehkah?”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
saudara,,
hidup ini amatlah singkat, pejam celik pejam celik hari dah siang, pejam celik lagi hari dah malam. saya faham bila saudara kata sibuk...
saya juga begitu.dulu... tapi jangan sampai abaikan diri, bekerja untuk hidup, hidup untuk beramal... kalau orang rumah dah mula 'bertanya' itu tandanya malapetaka bakal menjelma. bukanlah niat nak menakutkan jauh sekali menidakkan tanggungjawab saudara sebagai ketua keluarga, tetapi ingatlah harta bukan ukuran kebahagian, masa senggang tandingan kasih sayang..bertindak sebelum terlambat jangan biar saudara kehilangan sesuatu yang tiada tolok bandingannya kelak.
Terima kasih.
Kedegilan saya membatasi segala kesulitan.
Seperti tulis Chairil Anwar "aku mahu hidup seribu tahun lagi"..saya pula mungkin akan terus berpegang pada "aku mahu terus berbakti..."
Terima kasih.
Kedegilan saya membatasi segala kesulitan.
Seperti tulis Chairil Anwar "aku mahu hidup seribu tahun lagi"..saya pula mungkin akan terus berpegang pada "aku mahu terus berbakti..."
Post a Comment