August 18, 2010

Ramadhan Kita Ramadhan Mereka

Bazar Ramadhan, Seksyen 13 Shah Alam
"Hari ni menu kita ayam percik, murtabak, sirap bandung, laksa penang dan ayang ada juga belikan nasi beriani kambing, sedap sangat tau..." wanita bertubuh langsing penghasilan dari London Weight Management itu merengek-rengek ketika bercakap di telefon bimbit yang ada tertera lambang "Apple".
Wangian yang sengaja di sembur di leher mengerbangkan nafsu si lelaki yang melintasi beliau.Ahhh...elegan.


 Deir al-Balah, Gaza
Wanita separa usia berjilbab itu menguis-nguis runtuhan pondok tempat berteduhnya yang baru di bedil tentera laknat rejim Israel, dia mengangkat beberapa ketul batu yang memecahkan bekas simpanan gandum.Di raupnya gandum yang bersepahan dengan telapak tangan, di tiup bagi menghilangkan batu-batu kecil dan debu yang bergaul mesra bersama gandum tadi. Azan sudah bergema, umat Islam yang lain sedang menjamah mesra juadah berbuka.Dia, wanita separa usia tadi hanya mampu mengesat air mata.


2 comments:

azaman said...

Salam Sharul,
Selamat menyambut ramadan kali ini, walaupun dah masuk hari yang ke sepuluh. Kagum saya bagaimana awak boleh menguruskan dua blog sekali gus. Hebat.

Apa yang lebih saya kagumi adalah kesanggupan awak menolong masterji secara sukarela. Demi agama dan bangsa itulah yang sepatutnya ramai lagi orang lakukan. Bukan hanya mementingkan tengkok sendiri.

Azaman

Si Bohemian said...

Salam Brother,

Benar..Bulan Ramadhan di Malysia..Rakyatnya bukan mati tak cukup makan sebaliknya mati dek terlebih makan...

Wallahu Alam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...