"kita harus mengubah perenggu minda (mindset) orang Melayu. Kalau kita lihat secara keseluruhannya orang Melayu tidak cenderung mahu mencapai kecemerlangan dalam bidang yang mereka ceburi.
Orang Melayu tidak ada pemikiran yang bersungguh-sungguh mahu berjaya; tidak ada motivasi mahu belajar secara berterusan seperti orang Jepun dan Eropah. Mereka ada pemikiran itu kerana mereka mahu berjaya. Bangsa Cina juga begitu, selalu berfikir bagaimana mahu memperbaiki diri.
Kita harus mencari jalan bagaimana hendak memberi motivasi kepada orang Melayu supaya berubah." Baca di sini untuk wawancara penuh tersebut
Saya masih ingat bila seorang rakan yang mempunyai kegeniusan luar biasa telah menolak peluang untuk menjalani latihan di Jepun selama 2 tahun, walaupun akan di biayai sepenuhnya oleh syarikat tempat beliau bekerja.Saya pernah ajukan soalan padanya sebab penolakkan tawaran tersebut. Mudah alasan yang beliau berikan, "kalau aku pencen, tak akan ada orang dari syarikat yang akan ingat aku lagi ". Beliau rela menjadi pekerja bawahan, biar selamanya begitu dan senang begitu.
Begitu juga pengalaman saya dengan seorang rakan lain yang hampir pencen.Bukan terlalu hampir, masih berbaki 5 tahun. Jika timbul masalah berkaitan kerja, beliau hanya termenung, merenung jarum jam.Mahu segera pulang. "Aku dah tua..."itu alasan kukuhnya.
Semangat beliau untuk bekerja telah luluh.Entah cicir di mana. Yang sering di sengihnya, apa mahu di lakukan dengan wang simpanan KWSP yang mencecah RM200,000! Beli bot untuk memancing? Atau menghabiskan usia tua dengan menaiki pesawat dari satu negara ke negara lain, mahu menikmati dunia sebelum di usir ke SANA.
Setelah saya meneliti dengan terperinci pandangan Ungku Aziz dan membuat perbandingan dengan rakan-rakan saya tadi, dengan mudah saya memahami dan arif dengan tingkah pemikiran bangsa Melayu. Pandangan ini belum lagi di gandingkan dengan tulisan Syed Amil Aljeffri di dalam Sekilas Pandang : Gaya Pengurusan Masa kini. Jika di adunkan pula dengan tulisan Rohayati Paidi , Pemikiran dan Kepuasan Orang Melayu Terhadap Pekerjaan, saya rasa kita bukan hanya sedang bermimpi atau mamai, tetapi kita masih tidur.
Jika masih sulit, buatlah perbandingan anda sendiri. Bandingkan restoran mamak dan kedai makan kepunyaan bangsa Melayu.Pasti ada jawapannya.
No comments:
Post a Comment