January 04, 2009

Memoir 2008

Diari tahun 2008 telah di masukkan antara celahan diari-diari tahun sebelumnya.Kemas di situ, antara timbunan buku catatan lainnya, juga senaskah manuskrip yang lama tidak terusik.Sesekali, akan membuka semula diari-diari lama, meneliti mana-mana yang perlu.Mencatat merupakan sebahagian dari hidup saya, kesukaan saya untuk menyimpan sejarah kehidupan untuk renungan suatu masa nanti.Sesungguhnya, masa yang berlalu adalah sejarah, sebagai pengajaran untuk di teladani.
Berikut, beberapa catatan yang sempat saya catatkan di dalam diari tahun 2008.

- SN A.Samad Said melucutkan gelaran Seniman Negara yang di anugerahkan kepada beliau sebagai protes terhadap Kementerian Pelajaran yang bertindak menukar karya sastera agung kepada novel picisan untuk Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas) 2010.
- Kejatuhan Kedah,Pulau Pinang,Perak dan Selangor juga kegagalan untuk merampas semula Kelantan dari PAS pada PRU 12, satu petanda jelas rakyat mahukan pembaharuan, tetapi dek kesombongan, Pak Lah masih angkuh berkata “BN masih kukuh"
- Anwar Ibrahim kembali ke kancah politik.Auranya masih menyengat.Masih berbisa menawan hati rakyat yang mahukan kebebasan dan keadilan.Tapi, adilkah PKR?
- Karpal Singh yang semakin biadap, mempertikai tindakan Sultan Perak menitahkan Menteri Besar menarik arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury.Sebagai seorang imigran(Karpal)perlu mematuhi dan menghormati sistem pemerintahan negara berdaulat.
- Tun Mahathir mengumumkan keluar dari UMNO pada 19 Mei ‘08, sebagai desakan kepada Pak Lah meletak jawatan.
- Kenaikan harga petrol pada 04 Jun ’08 sebanyak RM0.78 telah menyaksikan rakyat memprotes.Kenaikkan harga petrol, di turuti dengan kenaikkan harga barangan keperluan membuatkan poket rakyat yang berpendapatan rendah semakin tenat.
- Majlis Peguam semakin terlupa akan kesopanan dan tatasusila.Forum-forum “panas”, umpamanya Forum Memeluk Islam yang menyaksikan saudara Zolkifli Nordin naik angin.Mana pergi Khairy Jamaludin dan Mukhriz Tun Mahathir?
- Rumah Putih di Washington DC akan di duduki seorang lelaki kulit hitam pada 20 Januari 2009 setelah memenangi Pilihanraya Presiden pada November 2008.Barrack Obama, Presiden Amerika.negara paling takbur,angkuh dan samseng dalam dunia.
- Kejatuhan ekonomi dunia yang berdikit meresapi ekonomi Malaysia.Kesannya kian terasa, semakin menggigit.Sistem kapitalis mula memakan diri sendiri.
- Kejutan pada pagi 06 Disember 2008 yang menyaksikan rumah orang kaya di Bukit Antarabangsa ranap akibat tanah runtuh.Pengajaran paling berguna untuk kita.Hutan dan isinya adalah milik alam ini, bukannya hak milik kapitalis tamak.Alam akan menghukum.Dan kita telah menyaksikan hukuman alam.Peristiwa Bukit Antarabangsa juga telah menelanjangi sikap orang-orang kaya yang sentiasa ingin menjadi tuan.Hatta, dalam kesengsaraan itupun, sikap ego “tuan”masih lagi tebal, masih lagi di tonjol-tonjolkan.
Tahun 2008 juga banyak menyimpan memoir tersendiri.Ada orang berkata, tahun 2008 adalah tahun yang muram buat Malaysia.Banyak cacat celanya untuk politik Malaysia, juga beberapa malapetaka yang tidak di sangka.
2009, walaupun permulaannya sedikit gawat, moga perjalanannya mendapat berkat.

3 comments:

cikgu said...

Terima kasih Shahrul kerana masukkan link ke blog keluarga.

Anonymous said...

Mat Rock,
Ko tak tulis dlm diari memori main gig kt Dmansra sampai putus tali gitar year 2002?
Hahahahahh!!
Memori tu...aku tak boleh lupa ler!gelak sorang2....kahakahkakhkahkah!
Anyway, proud to be ur "pren"le.Rock2 pun ko pandai menulis yer.DBP apa criter?Saman jer...
(Tuan Tanah)

Shahrul Rock said...

Cikgu:
Saya manusia kerdil yang mula menyedari bahawa dunia luas ini semakin mengecil....

Anonymous aka Tuan Tanah aka Ali Setiawangsa:
Memori banyak mengajar perit getir kehidupan.Terima kasih kerana melayari blog aku dan SELAMAT KEMBALI KE M'SIA.Bumi bertuah ini perlukan manusia sebijak anda.Canada tidak menjanjikan apa-apa untuk anak rantau seperti anda,kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...